Sunday, February 23, 2020

FELDA di rogol beramai-ramai di zaman kerajaan BN

Najib lacurkan Felda


Cerita ini panjang dan kompleks kerana ia melibatkan rogol beramai-ramai dan berulang kali oleh kerajaan kleptokrasi Barisan Nasional (BN) serta konco-konconya ke atas Felda.

Perbuatan hina dan khianat mereka meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas agensi pembasmian kemiskinan itu dan para penerokanya.

Malangnya masih banyak peneroka, khasnya dan orang ramai, amnya tidak faham atau tidak percaya rogol korporat yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak itu.

Mereka masih menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) walaupun kerajaan PH telah menyelamatkan Felda dengan memberi suntikan kewangan sebanyak RM6.3 bilion. Tanpa suntikan itu Felda sudah bankrup.
Iklan

Saya difahamkan yang kerajaan PH kini sedang berusaha untuk mendapatkan balik duit hasil daripada melacurkan Felda oleh Mohd Najib atau setidak-tidaknya pun mengurangkan beban Felda.

Bagi saya, bala yang menimpa Felda dan peneroka tidak langsung mengejutkan kerana sejak tahun 2012 lagi saya telah menulis berulang kali bagi memberi amaran mengenai apa yang saya lihat sebagai kegiatan memperalatkan Felda untuk tujuan yang tidak serasi dengan matlamat asalnya.

KEDUDUKAN KEWANGAN TABUNG HAJI PULIH SELEPAS PENSTRUKTURAN


1.Adalah penting untuk diperjelaskan perkara sebenar tentang penstrukturan aset Lembaga Tabung Haji (TH) memandangkan ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya aset TH seperti ladang dan hotel telah diseleweng. Ini adalah tidak benar sama sekali. Penstrukturan aset-aset TH dibuat secara telus dan transparensi tanpa ada unsur salah guna kuasa dan korupsi.

2.Menerusi penstrukturan aset ini, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyuntik tambahan dana sebanyak RM10.3 bilion ke dalam TH untuk mengelakkan kegagalan institusi Islam ini dan melindungi simpanan orang Melayu Islam. Sebuah entiti khas yang diwujudkan oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), telah mengambil alih aset-aset yang bernilai RM9.63 bilion daripada TH, tetapi dengan bayaran yang jauh lebih tinggi iaitu RM19.9 bilion. TH telah mencatatkan keuntungan RM1.3 bilion dalam tempoh 9 bulan pertama 2019. Ini akan memastikan kadar hibah pendeposit dapat dinaikkan pada masa akan datang.

3.Adalah penting untuk aset ini dibayar dengan harga lebih tinggi. Perbezaan nilai aset diambil alih dan nilai yang dibayar oleh UJSB (RM19.9 bilion - RM9.63 bilion) adalah RM10.3 bilion. Jumlah RM10.3 bilion ini adalah dana yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada TH untuk menutup kerugian TH sebanyak RM10.2 bilion. Kerugian ini ditanggung oleh TH ekoran kegagalan aktiviti pelaburannya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN). Malahan, penjualan aset TH juga pernah berlaku di zaman BN.