Tuesday, March 3, 2020

PH pertikai keputusan TUANKU.. Biar betul dulu TGNA pertikai RAMPASAN KUASA BN kira hina SULTAN PERAK lah ya..!


Bila aku sebut Kerajaan pintu Belakang.. Kerajaan rampasan kuasa.. ada Sahabat PAS tanya kat aku, Apakah aku mahu mempertikaikan kuasa YDP Agong ? jawapan aku sudah sudahlah mempergunakan nama Agong seperti mana kamu mempergunakan nama Islam..

Kalau kita katakan Muhyidin Kerajaan rampasan kuasa sebagai derhaka mempertikaikan kuasa Agong, itu bermakna..Almarhum Tok Guru Nik Aziz lah yang memulakan perbuatan menghina Sultan Perak yang menabalkan Zambry sebagai MB Perak dulu.. Bukan setakat Sultan hatta menghina Mahkamah..

Apakah masa itu Tok Guru Nik Aziz hina kuasa Sultan Perak..Hina Mahkamah yang mengekalkan Zambry sebagai MB rampasan kuasa ? Tidak.. pada sudut Politiknya, tindakan khianat pada parti, suara majoriti rakyat yang memilih..ianya adalah kerajaan rampasan kuasa...

Politik Malaysia, Katak di bawah parti..

XIFU NASER | | 3 Mac 2020


‘KATAK di bawah tempurung’ adalah pepatah Melayu lama yang sangat bermakna. Katak berupaya untuk keluar dari zon tempurung tetapi ia memilih kekal berada di dalamnya kerana ia rasa selamat.

Ini sesuai dengan mindset demokrasi kepartian. Tempurung pada zaman sekarang merujuk kepada parti. Para ahli politik mempunyai kuasa untuk bebas daripada parti tetapi mereka lebih rasa selamat dalam parti sebagaimana katak rasa selamat dalam tempurung.

Persoalan yang sepatutnya ahli politik, profesor sains politik, penganalisis politik dan ulama siyasah shar'iyyah bangkitkan ialah 'benarkah selamat’ di bawah sistem demokrasi tempurung?

Cuba tanya bilakah ia diwujudkan dan apakah sebabnya ia diwujudkan? Siapakah yang mencipta sistem kepartian itu? Ia lebih banyak memberi keuntungan kepada siapa? Apakah mudaratnya? Kalau anda ialah Profesor Sains Politik dan anda tidak mengajar pelajar tentang persoalan itu, anda sebenarnya katak di bawah parti dan melahirkan ramai katak seperti anda di universiti!

Sistem kepartian adalah umpama mantera sihir yang diulang dan diulang di universiti, media, parti politik dan NGO dengan begitu banyak kali sehingga ia menjadi berhala yang disembah atau default asasi kemanusiaan.