1. Pada Ahad 1hb Mac 2020 Malaysia menyaksikan upacara Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke 8 ( PM8 ) yang berlangsung di Istana Negara
2. Ianya berlaku ekoran perletakan jawatan secara tiba – tiba oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ke 7 selepas memegangnya hanya 22 bulan sahaja
3. Saya tidak berhasrat membicara atau berdebat berbagai teori berhubung tindakan Tun itu
4. Untuk rekod , Tun yang pernah menjawat jawatan tersebut selaku PM ke 4 selama 22 tahun iaitu dari 16hb Julai 1981 ( 6 hari selepas tarikh lahir beliau ke 56 tahun ) hingga 30hb Oktober 2003 , satu rekod yang belum lagi diatasi oleh sesiapa pun
5. Setelah gagal beberapa kali , akhirnya Pembangkang ( PKR , DAP dan AMANAH ) TERPAKSA MEMINTA Tun yang ketika itu sudah berusia 93 tahun menerajui mereka bagi mengalahkan UMNO / BN pada Pilihanraya ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; buat pertama kali dalam sejarah sejak Merdeka UMNO/ BN dikalahkan
6. Ekoran perlantikan beliau itu , Tan Sri Muhyiddin Yassin ( TSM ) telah menubuhkan Kabinet nya yang terdiri dari UMNO , PAS , BERSATU , GPS ( Sarawak ) , serpihan dari PKR dan beberapa parti kecil dari Sabah ; juga saya tidak berhasrat berdebat sama ada Kerajaan sekarang ‘Mengikut Pintu Depan Atau Pintu Belakang’