Sunday, April 26, 2020

Apabila Pemuda Umno berpusing-pusing dalam isu Rohingya

Oleh MALAYSIA DATELINE
April 26, 2020 10:03 am


Isu pelarian Rohingya menyaksikan Pemuda Umno berubah-ubah pendirian tanpa cadangan penyelesaian apa lagi tindakan sewajarnya ketika berada dalam kerajaan.

Sikap sayap parti itu yang berpusing-pusing dalam isu etnik tertindas tersebut boleh dilihat hanya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Terbaharu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata, etnik Rohingya memberi ancaman keselamatan serta terlibat dalam perniagaan tanpa lesen.

Fairuz berpendapat pelarian Rohingya tidak semestinya perlu diterima sewenang-wenangnya untuk memasuki negara ini selain bantuan boleh disalur dalam pelbagai bentuk lain.

“Penyelesaian tuntas isu ini pada dasarnya tetap berbalik kepada PBB. Mereka ini lebih berkuasa. Jika PBB dapat menghentikan penindasan kerajaan Myanmar di Rakhine, nescaya etnik-etnik ini tidak lari merata tempat di dunia,” katanya kelmarin dipetik dari portal Umno Online.

Sikap Pemuda Umno itu berbeza tiga tahun lalu apabila Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dilapor menyerahkan satu memorandum bantahan kepada Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di di Wisma PBB di ibu negara.

Mana pergi nya hujah walaun “jual aset negara” yang diratib dulu semasa zaman PH?


Kerajaan PN jual aset negara dalam KWSP, SIME DARBY & kini KHAZANAH.

  1. Pertama KWSP jual pegangan saham dalam Top Glove, syarikat sarung tangan getah terbesar di dunia.
  2. Kemudian diikuti dengan penjualan saham oleh Sime Darby dalam Tesco.
  3. Seterusnya Khazanah pula menjual saham dalam TNB.
Masih ingatkah ketika Tabung Haji menjual hotel kepada anak syarikat Khazanah.

Berbagai isu di mainkan.Walau jualan itu melebihi nilai harga sebenar kesemua hotel terbabit.

Bila berlaku wabak covid19,industri hotel boleh di katakan lumpuh mungkin sehingga hujung tahun hadapan,langkah TH itu dikira tepat.

Yang penting kita semua perlu tahu, jual aset ni sejak dulu dan akan terus berlaku.

Jadi kita kena tahu, memang patut jual kalau perlu. Cuma nya yang kita boleh persoal bila jual dengan rugi atau untung sangat kecil. Seharusnya kena pulang modal dan idealnya buat untung besar.

Yang salah, bila benda ni jadi modal politik. Yang terkena Rakyat yang tak berapa paham diperbodohkan terus menerus.