Thursday, May 14, 2020
Sudah 3X Muhyiddin ubah sidang parlimen.. Awat takut sangat nie kata dapat sokongan majoriti?
MUHYIDDIN TERBUKTI PENAKUT, SUDAH TIGA KALI MENGELAK DAN MENGUBAH-UBAH SIDANG PARLIMEN
Hanya kira-kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata-mata kerana takut hilang jawatannya.
Pertama, sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu, beliau telah menangguhkan tarikh asal Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 9 Mac kepada 18 Mei.
Ketika itu, jika Sidang Parlimen tidak diubah tarikhnya, Muhyiddin lebih mungkin hanya merasa duduk sebagai Perdana Menteri untuk tempoh 9 hari saja.
Lantaran takut hilang jawatan dan tidak mahu tercatat sebagai Perdana Menteri 9 hari, Muhyiddin lalu menangguhkan tarikh Sidang Parlimen kepada 18 Mei.