Monday, June 1, 2020

Oghang Kedah kata, kena kat oghang jadi singa. Kena kepala senighi dan² jadi pondan...!

ORANG LAIN DAN PUAK SENDIRI


Semasa orang lain jadi kerajaan.

"Arak haram. Kenapa masih jual? Nak jaga hati orang kafir? Kamu mahu kafir mabuk langgar orang Islam sampai mati? Orang Islam apa kamu ni reda dengan ibu segala maksiat. Nak masuk neraka?"
Semasa puak sendiri jadi kerajaan.

"Arak haram. Kita tak boleh larang orang kafir minum arak jika agama mereka benarkan. Jika mabuk, gunakan grab, jangan memandu. Kita kena fikir cara terbaik untuk kawal arak. Islam ada penyelesaian."

Oghang Kedah kata, kena kat oghang jadi singa. Kena kepala senighi dan² jadi pondan...!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Covid-19 : Orang kita masih dalam "honeymoon" mood dan mood festival..


Orang kita masih dalam "honeymoon" mood dan mood festival. Masih seronok cuti lama.

Kita tengok lepas 6 bulan ni, bagaimana keadaan yang dibuang kerja, yang freelance.. great depression di seluruh dunia akan sampai awal tahun depan. 

Sektor perlancongan sudah mula terkesan, Airlines rugi USD500 billion di seluruh dunia, hotel dah mula tutup, Air BNB pun dah mula dilelong, Selepas 6 bulan, kereta, rumah, akan mula dilelong. Ramai yang akan jatuh muflis.

Sektor perumahan, "sejuk" sangat sekarang. Kereta motor penjualannya jatuh teruk dalam 2 bulan yang lepas.

SME banyak yang tidak boleh nak sambung meniaga. Restoran pendapatannya separuh atau kurang separuh.

Di China, kilang dah dibuka, order tiada, di US 32 juta kehilangan pekerjaan.

Hutang isi rumah orang Malaysia tinggi dan simpanan rendah.