Sunday, July 26, 2020

RUU 355 Pas perlu usahakan elak ditanam di Jirat Cina

Oleh Mohd Sayuti Omar


DALAM satu forum di Dewan Perniagaan Cina di Petaling Jaya dua tiga tahun lepas, dimana saya sebagai salah seorang ahli panel diajukan pertanyaan oleh seorang peserta berkenaan Hukum Hudud Pas. Penaya itu bertanya sejauh manakah ilitizam Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Penanya itu seperti seorang yang ragu-ragu dengan Hudud. Beliau ajukan pertanyaan itu bagi kepastian apakah Hudud benar-benar akan dilaksanakan, sebab ia telah jadi momokan kepada bukan Melayu. Penanya itu seperti bimbang pembangkang (PH ketika itu Pas masih bersama) akan ditolak rakyat sekiranya Hudud dilaksanaan.

Saya menjawab dengan memberi pandangan peribadi saya, bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan. "Saudara dan sesiapa yang takut dengan Hudud, jangan bimbang ia tidak akan dilaksanakan oleh Pas, yakinlah." Saya tidak mengulas panjang lebar kenapa saya berkata begitu, cuma yakin dengan segala pemasalahan, seni siasah dan tentangan ia tidak akan jadi realiti. Bagi saya Hudud adalah modal politik Pas semata-mata. 

Pas tidak ada kekuatan untuk berlawan dengan penentang undang-udang Islam itu. Hudud hanya dijadikan modal sahaja yang menjelma setiap kali pilihan raya. Bagi mereka yang sudah arif dengan perangai Pas sebenarnya tidak pun perlu takut dengan Hudud.

Masa jadi pembangkang bukan main lantang RUU355, bila jadi kerajaan habis semua menikus..!!


Semalam aku ada sebut pasal antara doktrin dan perangai Ahli Gerakan Islam yang mengarut, taghut, dan perlu ditentang dan diperbetulkan. 

Oh hari ini keluar bukti depan mata. Macam rezeki pula.

Pegawai Khas kepada Presiden sebuah Gerakan Islam di Malaysia (Duta Khas bertaraf Menteri) Brother Syahir Sulaiman, telah mengeluarkan satu status Facebook sebagai respon balas kepada isu jawapan Timb Menteri Agama dari PAS berkait dengan RUU 355.

Tidak cukup dengan beliau berdolak dalih dengan dalil dalil baru, sempat lagi sebut yang Kerajaan 22 bulan dahulu tiada langsung usaha untuk perkasakan Shariah di Malaysia. 

Ini lah antara perangai taghut aktivis Gerakan Islam yang sentiasa merasakan pihak/parti/kumpulan dia sahaja yang ada usaha tegakkan Islam dan orang lain pemalas dan banyak dalih dan tak tolong Islam.