Wednesday, July 29, 2020

Ucapan MAULIDUR RASUL 2015 oleh TUANKU SULTAN PERAK jugak menyebut ungkapan "PELARIAN"



Nampaknya cubaan cybertrooper PAS dan UMNO hendak memburukkan MAT SABU dengan mengatakan beliau menghina NABI SAW sebagai PELARIAN sudah makan diri hari ini.

Semalam bukan main laju mereka mencaci dan menghina MAT SABU menggambarkan dia sudah menghina NABI SAW dengan ungkapan tersebut.

Namun semua ini hanyalah untuk membina persepsi dan menjatuhkan kredibility MAT SABU sahaja demi politikal millage masing-masing.

Selepas MENTERI AGAMA mempertahankan MAT SABU dalam isu tersebut kini didapati satu ucapan TUANKU SULTAN KEDAH sewaktu menyambut MAAL HIJRAH pada tahun 2015 di PERAK juga menggunakan ungkapan PELARIAN..

MENTERI AGAMA pertahankan MAT SABU dalam isu "PELARIAN"


KENYATAAN Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang menyamakan hijrah Rasulullah SAW sebagai pelarian diperjelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat, hari ini.

"Sekadar melihat beberapa sedutan (petikan video) semata-mata (boleh disalah tafsir), sepatutnya kalau kita tengok keseluruhan, beliau (Mohamad) ada menafsirkan maksud (kenyataannya) satu persatu," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) yang bertanya sama ada Mohamad boleh diklasifikasikan menghina Nabi Muhammad SAW selepas menukar perkataan hijrah kepada pelarian.

Mohamad menyebut demikian ketika berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat semalam.