Thursday, September 24, 2020

YB DR AZIZ BARI SEKOLAHKAN DR SHAMRAHYU BERKAITAN ISU SIAPA BERHAK MENGADAP AGONG

Ketua Pembangkan Dun Perak Abd Aziz Bari memberi pencerahan berguna kepada Dr Shamrahayu Ab Aziz berhubung siapa berhak menghadap Yang diPertuan Agong dan tidak.Mengulas pendapat Shamrahayu yang berpendapat Anwar Ibrahim tidak layak menghadap Yang diPertuan Agong kerana dia (Anwar) bukan perdana menteri, Aziz berkata pendapat orang dianggap pakar perlembagaan itu mengelirukan dan bahaya dalam konteks demokrasi dan raja berperlembagaan.


Shamrahyu dilaporkan berkata hanya Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri boleh menghadap Agong. Beliau mengulas ekoran kenyataan Anwar Ibrahim yang akan menghadap Agong bagi menyembahkan beliau mempunyai sokongan di parlimen. 


Kata Aziz, pandangan Shamrahayu itu menggambarkan kekeliruan dalam memahami peranan Yang di-Pertuan Agong khususnya sebagai "guardian" atau penjaga perlembagaan.

Antara Langkah Sheraton dan Langkah Kota Melaka, Anda Sendiri Menilaikannya..!!!

 https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2020/03/02/638867.jpg

Sejak langkah Sheraton, TS Muhyidin menjawat jawatan PM cuma dengan majoriti 2 kerusi di parlimen. Bila DS Zahid Hamidi mengakui ramai MP Umno yang menyokong  DS Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru ... secara tidak langsung ianya mengesahkan bahawa Kerajaan TS Muhyidin sudah kehilangan majoriti.

Keadaan ini sama dengan apa yang berlaku di Melaka apabila Bersatu mengumumkan keluar dari PH. Walaupun Adly sepatutnya masih menjadi Ketua Menteri  Melaka sehinggalah Ketua Menteri Melaka yang baru dilantik, tetapi beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri tanpa ada lantikan Ketua Menteri yang baru. Dua minggu Kerajaan Melaka ditadbir tanpa Ketua Menteri dan Exco.

Apa yang lebih menghairankan, surat perlucutan jawatan Adly sebagai Ketua Menteri ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, dan bukannya Gabenor waktu itu.

Atas alasan Adly telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua Menteri, permohonan Adly untuk membubarkan DUN telah tidak diperkenankan.

Bayangkan sekiranya perkara yang sama dilakukan kepada Kerajaan Persekutuan sekarang. TS Muhyidin dilucutkan jawatan sehinggalah PM baru dilantik sepertimana yang diperlakukan terhadap Adly.

Biar anda sendiri menilai. Keadilan itu di mana?

ANWAR 24 TAHUN DULU SUDAH BUKTIKAN DIA SIAPA SEWAKTU BERSAMA MAHATHIR..!!!

 Ibrahim Mat Isa

Image may contain: 5 people, indoor

24 tahun lalu, aku adalah ahli Pas. Anwar Ibrahim dalam gambar bawah ini adalah Menteri Kewangan Malaysia waktu itu. Ketika Malaysia digelar harimau Asia sewaktu Anwar mentadbir kementerian kewangan, aku sedang shooting dan menerbitkan serial Business Documentary untuk badan korporat di Malaysia.

Dan dalam penyelidikan untuk menulis skrip, aku didedahkan dengan angka-angka yang sangat meyakinkan. IKS tumbuh di merata tempat, pengusaha Bumiputera yang terlibat sebagai vendor kepada industri berat sangat aktif dan peluang pekerjaan berlambak-lambak.

Ketika itu, jika aku turun ke dewan kuliah untuk ceramah jemputan, senang-senang dapat bayaran 2k untuk sejam bercakap mengenai industri media.


Tahun 90an memang Malaysia menjadi raja pemacu ekonomi.

Mahathir peneraju, Anwar mengendali pembiaya dan hasilnya menakjubkan.

Tapi sayang... Bagus tak kekal lama. Penyangak mata wang buat kacau, penyangak konspirasi buat fitnah dan Mahathir terjebak berseteru dengan Anwar.