Umno itu parti besar. Tetapi ia ibarat orang berbadan besar, tetapi boyak bila berjalan.
Mengah mengah dan terhenjut henjut dan tidak punya `arah tuju yang nyata'
Pemimpin utamanya tidak punya kekuatan mental dan malas untuk berfikir. Masalah peribadi pun besar, ditokok tambah dengan kelemahan spiritual perjuangan.
Hendak berhenti tidak mahu juga. Akhirnya Umno itu tinggal sebagai parti tempat perlindungan orang orang yang banyak masalah.