Wednesday, September 30, 2020

#IMF - FITNAH BERULANG KEATAS ANWAR MEMAKSA JAWAPAN DIULANG TAPI ADA HIKMAHNYA....

 


1) Isu IMF yg difitnahkan kepada DSAI sekian lama pernah dijawap oleh beliau di Parlimen pada 13 Oktober 2008 tapi di "blackout" oleh media arus perdana.


2) Video dalam posting ini ialah pada tahun 2013 yg mana DSAI terpaksa sekali lagi menjawab isu ini kerana persepsi yg dimainkan sehingga hari ini oleh makhluk2 penjilat seumpama pelantun "Minda Lemah Otak Udang" yg lidahnya hanya khas utk bontot PT95.


3) Saya tidak berhasrat memanjangkan bab IMF ini kerana DSAI sebenarnya telah menjawap dgn tuntas dan link ucapan beliau di Parlimen pernah saya kongsi di sini : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/906428866528165 atau di Twitter DSAI di sini : https://twitter.com/anwarib.../status/1272347369917407233...


4) Namun, yg menarik perhatian saya ialah PENJELASAN yg diberikan oleh DSAI telah "JUSTIFY" atau MEMPERKUKUHKAN hujah bahawa beliau adalah calon paling tepat diperlukan negara ini bagi menyelamatkan Ekonomi Pandemic yg semakin parah. Skrg ini, hampir SATU JUTA org terpaksa menganggur dan syarikat gergasi Air Asia juga terpaksa melalui Fasa Ke 2 memberhentikan pekerja mereka. Kita belum melihat kpd faktor-faktor lain yg menunjukkan aktiviti ekonomi seolah2 "stagnant". Contohnya perkembangan SME.

Tiga peristiwa besar antara ANWAR & MUHYIDDIN yang ramai kita tak tahu telah berlaku..


 Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2270808829688391&id=230404067062221

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.