Tuesday, October 6, 2020

Dr MAZA : Perlukah Semua Ke Sana, Sehingga Bahaya Kita Di Sini?

 

Sakit dan sembuh adalah takdir ALLAH. Namun, ALLAH menempatkan sebab musabab bagi kejadian-kejadian dalam kehidupan manusia. Mematuhi SOP adalah salah satu sebab musabab yang boleh mengelakkan COVID 19. 


Namun, jika hanya setengah yang patuh dan setengah lagi tidak, maka sebab musabab COVID 19 merebak akan terus berlaku ke semua peringkat dan kena kepada semua.


Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi s.aw. dan dipersetujui oleh sekelian manusia tanpa mengira agama. Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekelian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada.

ANTARA GERAKAN POLITIK ABAH DAN GERAKAN PERUT RAKYAT DI MUSIM PANDEMIC COVID-19!!


 Bila 'abah' dan kawan-kawan berjaya rampas Malaysia semasa Covid-19, mereka rampas negeri pula. 


'abah' berjaya rampas negeri Melaka, Johor, dan Kedah semasa wabak Covid-19 sedang menggila.


Hasil merampas negara dan negeri-negeri ini, kawan-kawan politik yang menyokong abah dapat pelbagai jawatan dengan gaji puluhan ribu sebulan.


Rupanya 'abah' tak puas lagi, diaturnya langkah politik untuk rampas negeri Sabah pula sehingga berlaku pilihanraya negeri dan 'abah' berjaya sekali lagi merampas negeri.