Monday, October 12, 2020

KPI MENTERI DARI PAS SELEPAS 6 BULAN MEMERINTAH..


 Kegagalan Pemerintahan Kerajaan PN Oleh Menteri PAS :


1. Duta Khas Perdana Menteri ke Negara Timur Tengah/ Asia Barat  ( Bertaraf Menteri Penuh ) :


1. Sehingga kini GAGAL menjalankan tanggungjawab sebagai Duta Khas PM. Tiada keuntungan yang kerajaan serta rakyat perolehi daripada jawatan Duta Khas Perdana Menteri yang diwujudkan KHAS ini.

2. GAGAL untuk menarik pelaburan daripada negara Asia Barat dan Timur Tengah sedangkan dipalu gendang seluruh dunia,  katanya Duta Khas ini HEBAT menarik pelaburan daripada tok tok Arab.

3. Gaji hasil cukai duit duit rakyat dibayar kepada Duta Khas ini yang masa sehariannya banyak dihanguskan untuk memberikan ceramah  dikawasan Parlimennya sahaja. Sedangkan jawatan Duta Khas ini adalah untuk bekerja untuk seluruh rakyat Malaysia.