Friday, October 23, 2020

APAKAH ANWAR IBRAHIM TETAP AKAN MENJADI PERDANA MENTERI..?


 ANWAR IBRAHIM TETAP AKAN MENJADI PERDANA MENTERI.


1. Ada sebahagian kecil rakyat Malaysia tidak yakin Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri Malaysia sehingga pelbagai panggilan dilontarkan sebagai PM tepi atau PM menunggu selamanya..


2. Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK watak baik dalam politik.Musuh utama Anwar adalah Mahathir seorang pemimpin yang berfahaman AUTOKRATIK yang dikenali sebagai DIKTATOR watak jahat menurut Pengajian Sains Politik.


3. Anwar Ibrahim seorang demokrat tetap akan dibela,dipertahankan dan disokong rakyat yang akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia walau pun mengkin memakan masa yang lama kerana akhirnya berjaya menewaskan dan mengalahkan Mahathir seorang diktator menurut dan mengikut Sains Politik.

Kuliah Dhuha - Awas Ulama’ Jahat

 


Awas Ulama’ Jahat

Idris haji Ahmad

3/5/12

Ulamak ialah pewaris Nabi SAW dan memegang amanah agama setelah ketiadaan para Rasul. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Rasul yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh para ulama’. 


Ulamak ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu bahasa Arab, Ulum Hadis, Ulum Tafsir, Akhlak, Feqah, Usul Feqh, Tafsir, Tarikh Tashrik, Qawaid Feqhiah,ilmu balaghah dan memahami isu semasa. Seorang ulmak wajib takut hanya kepada Allah SWT sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada manusia maka ia bukan digolong sebagai ulamak.

Ulama mesti beramal  dengan ilmunya dan mengajar pula kepada orang lain, dialah dikira sebagai orang yang mewarisi para nabi. Jika berlaku sebaliknya maka ia mewarisi kerja syaitan

Manakala ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.

Nabi SAW telah mengigatkan tentang bahayanya ulama’ jahat di dalam sabdanya.. 


“Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. BIla ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’.

Klik Sini

TAMRIN - ORANG MELAYU SUDAH KENAL SIAPA UMNO SIAPA PAS SIAPA BERSATU!!

 

“ORANG  MELAYU

   SUDAH  KENAL

   SIAPA  UMNO

   SIAPA  PAS"


Tamrin Tun Ghafar


Sabtu - 08/08/2020

( 1 - 36 )



1.  "Sejak kalah Pilihanraya Umum ke14 yang lalu UMNO  dan PAS mula mengamalkan pendekatan politik ekstrem atau politik keterlaluan - UMNO  menggunakan politik perkauman dan PAS  pula menggunakan Islam sebagai senjata BAGI  MENDAPATKAN  SEMULA  sokongan orang Melayu.


2.  "Saya dan Shafie Apdal digugurkan dari Kabinet dan dipecat sebagai Ahli UMNO oleh Majlis Tertinggi UMNO  kerana membangkitkan isu 1MDB.


3.  "Berani saya katakan Najib dan dan penyokong - penyokong TELAH  MEROMPAK  hak rakyat dan Negara sedangkan PAS pula MENYOKONG perompak - perompak  tersebut - INI  ISLAM  APA ?


4.  "Orang Melayu tidak boleh ditipu lagi; MEREKA  SUDAH KENAL  SIAPA  UMNO  DAN  SIAPA  PAS”.