Friday, November 27, 2020

YANG MARAHKAN MP PH SOKONG BELANJAWAN TADI TU PENYOKONG PH ATAU ATOK?


 Di page-page pimpinan PH, penyokong marah kaw² sebab tak bantah Belanjawan 2021. Mereka tak puas hati.


Cerita dia macam neh. Siapa tengok perbahasan Belanjawan 2021 tadi?


Hari ini Zafrul telah membuat beberapa pindaan, penambahbaikan & tambahan peruntukan. Zafrul juga berkata bajet JASA akan dikurangkan & peruntukan khas #Covid19 bertambah. Naikkan elaun nelayan darat. Berikan pekebun getah Elaun Musim Tengkujuh bermula Dec 2020 & subsidi petani ditambahkan.


Oleh kerana Zafrul juga berubah tentang dasar KWSP & MORATORIUM yang baru diumumkan tadi, maka PH perlu masa untuk mengkaji samada unjuran Belanjawan 2021 relevan ke tak dengan pengumuman terbaru Zafrul; mengkaji samada angka² (peruntukan) yang disebutkan Zafrul tu sekadar angka atau boleh dilaksanakan atau tidak, pindaan dasar yang disebutkan tadi akan dilaksanakan (bila berbahas lanjut) atau sekadar percakapan retorik populis.