Thursday, December 17, 2020

Awas! Adakah sekarang sedang ada usaha hendak nyahkan Anwar dari PH?


 #Viralbroadcast 

SEPERTI kata Sdr Shahbudin Husin, memg benar mereka mahu menyingkirkan DSAI. Bertali arus mereka mahu menyalahkan DSAI atas apa yg berlaku dgn cara mahu dia berundur. Berpusing2 round about mahukan DSAI berundur tapi tidak mahu secara terus meminta DSAI undur diri. 

TUJUANnya ialah, jika DSAI dgn sendirinya berundur, mereka akan salahkan DSAI dan kata itu pilihan dia, kami tak mintak pun dia berundur. Nampak permainan licik mereka?

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

 

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?


Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?


Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.


Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.