Thursday, January 21, 2021

FDI MALAYSIA BELUM KUKUH, YANG MASUK BERKURANG YANG ADA ASYIK KELUAR..!!

 Image may contain: text that says 'T BH ONLINE Sony akan 'tutup buku' di Perai selepas 36 tahun, 3,400 pekerja terjejas Ying December 2020 RAKYAT Info. Q Hyundai pindah ibu pejabat serantau di Malaysia ke Indonesia Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my January 2021 @ 6:24pm PKP 2.0: Toyota dan Honda tutup operasi kilang di Malaysia SONY 5/01/2121 00PM SONY Sebilangan pekerja akan Upindahkan e slang Selangor Bangi'

20 Januari 2021
1. Saya merujuk kepada status Facebook yang dimuatnaik oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia, pada 17 Januari 2021 berkenaan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau Volkswagen di Tanjung Pelepas, Johor. Pembukaan pusat ini merupakan berita baik bagi sektor ekonomi dan peluang pekerjaan negara lebih-lebih lagi kepada rakyat Johor.
2. Namun, perkembangan ini juga merupakan bukti ekonomi dan pelaburan Malaysia masih tidak kukuh. Projek pembukaan pusat serantau ini telah diumumkan semenjak tahun 2016 dan dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018. Tetapi, atas faktor ekonomi dan halatuju negara yang tidak meyakinkan, ia hanya dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2021. Ia bukan contoh pelaburan asing langsung dalam keadaan pandemik.
3. Saya menggesa pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negeri. Tambahan lagi, kerajaan juga wajib meneliti dan merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan-pelaburan ini bagi rakyat dan ekonomi Malaysia.
4. Aliran pelaburan antarabangsa di rantau Asia yang kini beralih angin ke negara jiran wajib diberi perhatian. Pakar-pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan terhadap pengumuman PKP kedua dan pengisytiharan darurat oleh Kerajaan yang membawa kesan kepada keyakinan pelabur asing.
5. Sebagai contoh, landskap automotif yang dahulunya berkembang pesat dalam Malaysia kini beralih tumpuan ke Thailand, Indonesia dan Singapura. Syarikat-syarikat besar seperti Hyundai dan Mercedes-Benz kini cenderung untuk membuka cawangan di negara jiran Thailand dan Singapura.
6. Selain itu, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan Dan Pembangunan (UNCTAD), 80% daripada 156 Bilion US Dolar bagi aliran pelaburan asing untuk Asia adalah milik negara Indonesia, Singapura dan Vietnam. Manakala Malaysia hanya menerima 5% atau 7.8 Bilion US Dolar daripada jumlah aliran pelaburan tersebut. Lebih kritikal, unjuran aliran pelaburan antarabangsa bagi negara membangun Asia menunjukkan penurunan 45% pada tahun 2020.
7. Sikap kerajaan dalam menangani penularan wabak Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi harus lebih konsisten dengan janji-janji yang diutarakan. Saya ingin berpesan kepada Dato' Seri Azmin Ali dan Tengku Zafrul Aziz agar berhenti bermain politik dan memberi fokus kepada usaha pemantapan ekonomi yang lebih tersusun.
8. Jangan sekadar mengambil nama atas usaha pihak-pihak terdahulu. Buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan berpijak pada bumi yang nyata dan mempunyai perancangan yang kukuh untuk sektor ekonomi negara.
SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang
Pengerusi KEADILAN Negeri Johor
 
 Image may contain: 1 person, text that says 'FDI MALAYSIĄ BELUM KUKUH SYED IBRAHIM SYED NOH 20 Januari 2021'

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete