Kenyataan Pemuda AMANAH Kedah
11 Februari 2021 | Khamis
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal dalam urus tadbir PKP 2.0.
Sekejap begini, sekejap begitu itulah boleh dirungkaikan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berkaitan pematuhan SOP. Ini menunjukkan kegagalan urus tadbir dan tidak bersistematik. Apa makna PKP 2.0 serta Proklamasi Darurat diadakan sekiranya setiap hari kes positif meningkat dan kadar kematian harian membimbangkan.
Perihal yang berlainan adalah SOP yang diadakan dikategorikan pada dua iaitu marhein dan bangsawan. Mengapa terjadi begini? Adakah SOP ini untuk rakyat marhein sahaja dengan tindakan yang drastik tangkap,reman dan dakwa? Kalau di negara-negara lain SOP diperkenalkan untuk semua rakyatnya tidak mengira latar belakang. Umpama pepatah ketam mahu mengajar anaknya berjalan lurus hakikatnya tidak sebegitu.
Terbaru Menteri Kanan Pertahanan, Dato Seri Ismail Sabri membenarkan waktu operasi kedai makan dalam premis dengan garis panduan baru iaitu satu meja hanya dua orang. Sepatutnya perihal ini telah dijalankan lebih awal bukannya setelah didesak. Rata-rata pengusaha premis terpaksa menutup premis yang dijalankan dan ada yang gulung tikar. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa PKP 2.0 ini gagal mencapai matlamat yang sebenar dan benar-benar menekan rakyat bawahan.
Kerajaan Perikatan Nasional tidak mementingkan agenda rakyat bawahan dimana jelas segala peruntukan dibawah Parlimen telah dimanipulasikan kepada ahli parlimen pembangkang untuk membantu rakyat. Selain itu pembelajaran di dalam tempoh PKP dengan menggunakan kaedah PDPR memerlukan bantuan khas daripada kerajaan iaitu Laptop,Telefon Pintar dan Peranti Internet bagi memudahkan urusan pembelajaran. Bantulah rakyat yang memerlukan khususnya B40 yang terkesan dengan situasi pendemik Covid -19 bukannya sibuk berpolitikus.
Secara jelas dan total Kerajaan Perikatan Nasional gagal dalam urus tadbir negara dari segi ekonomi dan menyelesaikan permasalahan Pandemik Covid-19. Keadaan hari demi hari sehingga kini hampir lebih 700,000 ribu penganggur membelenggu rakyat bawahan. Sudahlah I-Sinar diperkotak katikkan dengan perbagai alasan dan kriteria yang jelas tidak menguntungkan pencarum. Apa makna mencarum sekiranya di dalam keadaan kritikal tidak dapat digunakan? Sekali lagi saya ulang bahawa Kerajaan Perikatan Nasional gagal dalam urus tadbir negara dan permasalahan Covid-19.
Pemuda Amanah Kedah memandang serius kegagalan kerajaan Perikatan Nasional yang mana kesannya rakyat bawahan sedang alami. Apa maknanya slogan 'Kerajaan Melayu Islam' jika rakyat hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makannya Janganlah slogan ini digunakan untuk mengisi 'tombolok' pemimpin sahaja sedangkan rakyat dibawah terlalu menderita. Perdana Menteri Tan Sri Mahyudin Yassin sila letak jawatan segera!!
MOHD RIDZWAN ARSHAD AHMAD
Ketua Pemuda AMANAH Kedah
.
Gelak baca tulisan ini. Satu dunia alami situasi seperti kita, malah banyak yang lebih teruk keadaan mereka. Malaysia pula rakyatnya terjamin, bantuan banyak yang diberikan yang bekerja, yang tak bekerja, majikan dan juga pekerja termasuk SME tak lupa juga yang berhutang. Bab SOP pun main bantai aje. Masa kes banyak perlulah diperketatkan SOP, bila kes dah mula menurun, dilongarkan sedikit kerana mereka yang bertanggungjawab sudah menguasai sebab dan cara mengekang wabak ini dari terus meningkat. Tugas rakyat adalah perlu patuh. Bila kuatkuasakan SOP, kata ekonomi jatuh tapi bila kerajaan longgarkan sedikit SOP, kata pulak kes akan meningkat. Memang dasar pembangkang, semuanya yang dibuat tidak betul. Minta kerajaan tingkatkan jumlah bantuan dan dalam masa yang sama mengatakan hutang negara semakin meningkat. Awat hangpa ingat kerajaan ini kerjanya cop duit aje ke? Satu lagi siapa yang sibuk berpolitikus? Kerajaan atau pembangkang yang asyik bermain dengan nombor dan sering tidak selari dengan usaha untuk mengekang wabak. Siapa yang terlalak tiap-tiap hari? Rakyat tahu apa yang berlaku. PH menggunakan pentas elektronik untuk membodek dan berusaha memancing pemikiran golongan muda khasnya. Perlu ingat laman ini dahulunya selari dengan kerajaan, tap i sekarang haiiii??? Tulisan cuma berdasarkan spekulasi sahaja. Tak ada rakyat yang kebulur tak makan, cuma yang ada masalah dan malas sahaja. Masih ingat lagi Manifesto PH sebelum menang, bila menang kata lain pulak. Kita lihat nanti masa PRU akan datang adakah DSAI akan berjaya mendapatkan apa yang diidamkan selama ini. Jangan ingat UMNO akan berpihak kepada PH, politik dan nombor boleh berubah sekejap aje.
ReplyDelete