Ramai orang tanya, macam mana vaksin COVID ni boleh dikaji dan dibuat dalam hanya 1 tahun sedangkan vaksin sebelum ini mengambil masa 10 tahun untuk dikeluarkan?
Mai nak cerita apa yang depa dah buat naaaaa.
Sejarah menunjukkan untuk membuat satu vaksin boleh mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Sebelum ini vaksin yang paling cepat sekali untuk dikeluarkan ialah vaksin untuk mumps atau beguk, dan ini pun mengambil masa 4 tahun.
Bagaimanakah saintis di seluruh dunia bergabung tenaga untuk menyediakan vaksin COVID-19 dalam masa 1 tahun?
Sebenarnya, mereka telah mengharungi cabaran besar untuk menjayakan matlamat ini.
Saya sampaikan kepada anda 10 Fakta yang telah membantu membuat vaksin dengan begitu cepat.
Pertama:
Dengan sebab adanya PANDEMIC dimana sudah ada banyak kematian, situasi ini telah memaksa saintis dari seluruh dunia untuk bekerjasama. Bukannya senang nak bersepakat tetapi mereka terpaksa sebab pandemic ini telah menyebabkan banyak projek-projek lain tergendala.
Kedua:
Ini bukan kajian yang baru saja dimulakan.
SARS-COV-2 virus ni ialah dari keluarga coronavirus. Ada beratus jenis coronavirus, termasuklah 4 jenis yang boleh menyebabkan selsema, coronavirus yang menyebabkan SARS epidemik Pada tahun 2002 dan MERS pada tahun 2012. Saintis-saintis sudah ada maklumat dan data tentang coronavirus selama 50 tahun.
Research on coronavirus already begun 50 years ago.
Ketiga:
Vaksin melatih sistem immune badan kita untuk melawan sejenis agent yang menyebabkan penyakit berjangkit sebelum kita dijangkiti agent itu.
Sebelum ini, vaksin mengandungi virus hidup yang dilemahkan atau hanya sebahagian virus (iaitu antigen) yang boleh mencetus immune sistem badan kita untuk melawan balik. Vaksin ini memberi stimulasi untuk immune system badan kita melawan penyakit ini dengan cara yang sama seolah-olah badan kita melawan penyakit dari virus yang sebenarnya.
Tetapi disebabkan kesuntukan masa bila melihat terlalu ramai kematian di seluruh dunia, tidak ada masa untuk membuat vaksin dengan cara ini.
Maka saintis di seluruh dunia mencari data yang sudah ada tentang coronavirus untuk mencari kaedah lain membuat vaksin dengan lebih cepat.
Sudahpun ada kajian yang telah membuktikan bahawa protein viral spike (S) itu penting untuk perlekatan kepada virus dan untuk memasuki virus, maka S protein inilah yang dipilih untuk membuat vaksin. Ini bermakna kita boleh guna pakai kajian yang sudah dibuat untuk keluarga coronavirus ini sebelum pandemic lagi.
We already have a headstart.
Keempat:
Sekarang sudah ada teknologi baru yang tidak ada di zaman dulu. Sekarang kita ada genomic sequencing, dimana kita boleh mengetahui baka gene susunan genom keseluruhan di dalam virus ini dalam hanya 10 hari. Ini meringkaskan dan mempercepatkan kajian tentang virus mutasi baru SARS-CoV-2. Saintis menggunakan genomic sequencing untuk mengetahui susunan genom code untuk Protein S ini.
We have better technology today.
Kelima:
Nak buat kajian vaksin memerlukan pembiayaan duit yang banyak. The Lancet Global Health menyatakan anggaran cost untuk menyediakan vaksin dan kajian untuk mengkaji keselamatannya ialah paling kurang sekali $31–$68 million (USD).
Kalau dah buat vaksin baru pun, mana nak dapat duit membuat beratus juta dos vaksin untuk penduduk dunia?
Sebab inilah hanya government-government yang boleh menyalurkan pembiayaan membuat vaksin ini kepada syarikat swasta yang ada pengalaman, teknologi dan kemahiran membuat vaksin.
Di USA, UK dan Eropah gabungan government dan berbagai institusi membolehkan mereka membiayai membuat jutaan dos vaksin sebelum lagi vaksin itu berjaya dihasilkan.
Bila duitnya sudah ada diperuntukan, maka nak buat vaksin pun cepat lah. Kalau duit tak ada, dan ini tidak diutamakan maka nak buat vaksin pun lambat dan tergendala lah.
We have funding.
Keenam:
Zaman dulu, kajian binatang dibuat dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan membuat kajian fasa 1. Kemudian keputusannya diterbitkan dalam journal dulu sebelum meminta kebenaran dan pembiayaan untuk memulakan fasa 2. Seterusnya masa di antara setiap fasa boleh mengambil bertahun.
Kajian vaksin trials boleh dibuat dengan cepat sebab mereka memberi kebenaran dan pembiayaan untuk membuatnya hampir SERENTAK dan bukan satu-persatu seperti dulu. Sebagai contoh, apabila kajian ke atas binatang hampir tamat, mereka memulakan fasa 1. Fasa 1 boleh dibuat serentak dengan fasa 2. Fasa 3 dimulakan sejurus selepas fasa 2.
Inilah dinamakan Back-to-Back trials.
Ketujuh:
Ada ramai sukarelawan manusia yang sanggup menjadi peserta kajian-kajian vaksin trial sebab ada banyak sokongan dari Masyarakat untuk membuat vaksin ini dan mereka boleh menyediakan banyak pusat kajian vaksin trial supaya boleh rekrut ramai peserta. Banyak kajian perubatan lain ada cabaran nak rekrut peserta. Kajian yang saya buat tentang pre-eclampsia pun mengambil masa 1 tahun untuk rekrut jumlah peserta yang cukup sebab masyarakat tidak ada minat tentang pre-eclampsia. Tetapi untuk COVID-19, ada minat dan sokongan masyarakat.
We have huge numbers of volunteers and participants.
Kelapan:
Mereka boleh mendapat keputusan kajian dengan lebih cepat di zaman sekarang melalui smart phone bila peserta kajian boleh memberi feedback melalui smart phone tentang apa-apa kesan sampingan. Sebab inilah sangat laju prosesnya di zaman sekarang jika dibandingkan dengan zaman dulu.
All participants have access to smartphone technology.
Kesembilan:
Kita bernasib baik, virus coronavirus memberi penyakit jangkamasa pendek saja, bukan penyakit yang kronik seperti HIV, maka boleh dikaji keberkesanannya ke atas ramai orang dengan sangat cepat.
This is a short infection.
Kesepuluh:
Pfizer/BioNTech COVID-19 vaksin dan Moderna vaksin adalah vaksin mRNA pertama yang digunakan oleh manusia.
Kedua-dua syarikat membuat vaksin ini memang sudah ada kemajuan dalam mRNA technology.
mRNA vaksin boleh menyampaikan hanya GENETIK code untuk membuat coronavirus S protein ke dalam sel badan manusia. Kemudian sel badan manusia sendiri membuat S protein ini dengan genetik code itu. Ini kemudian melatih badan manusia mengenali protein yang ada di permukaan virus ini dan belajar melawan virus ini tanpa apa-apa pendedahan kepada virus. Dengan kaedah ini badan sudah bersedia melawan virus sebenar tanpa apa-apa pendedahan kepada virus itu.
Tak payah lah nak menyediakan virus yang dilemahkan dan tak payah lah nak membuat antigen virus untuk dikaji dan untuk dibuat sebagai vaksin.
Tidak ada virus dalam vaksin ini.
There is no virus in this vaccine.
Saya pun kagum dengan technology yang ada di zaman sekarang. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda.
Saya nak tambah lagi satu maklumat penting. Kita dah beramai-ramai mendoakan kejayaan vaksin ini. Kita juga berdoa dan bertawakal, bukan hanya berusaha. Semoga Allah melindungi kita semua.
Dr Imelda Balchin
Bahasa mudahnya vaksin covid 19 adalah penambahbaikan dari vaksin selsema yang memerlukan masa yang pendek sahaja untuk menghasilkan nya.
ReplyDeleteAss.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (4862) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
Delete1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.Dukun Pelet Sakti
7.Dukun Santet Ganas
8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "
UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,
AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI
..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ )..
«082-313-336-747»
..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..
Dengan kemajuan teknologi sekarang penyediaan vaksin boleh disegerakan..
ReplyDeleteMakin sukar bagi penternak virus covid untuk hasilkan virus baru yg boleh huru harakan dunia...
@ProfitTradersFactory
ReplyDeletet.me/ProfitTradersFactory