*AFIF, SIAPA SEBENARNYA YANG DANGKAL DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?*
Kenyataan YB Afif Bahardin bahawa ucapan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Perhimpunan Agung UMNO semalam bersifat dangkal dan tidak bertanggungjawab mencerminkan betapa terpisahnya daripada realiti di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kedudukan sebenar daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Seperti boss beliau, tampaknya Afif lebih suka menggunakan statistik secara selective untuk mengelirukan orang ramai.
Seperti dilaporkan UNCTAD, net FDI inflows Malaysia pada tahun 2020 jatuh kepada US$2.5 bilion, iaitu kejatuhan sebanyak 68% dan merupakan negara tercorot dari segi aliran masuk bersih FDI di kalangan negara rantau Asia. Mengapa Afif tidak menafikan fakta ini?
Selain itu Afif juga menggunakan DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020 yang sebenarnya mengukur prestasi negara bagi tahun 2017 sehingga 2018 di mana pada masa itu Kerajaan PN masih belum wujud dan Azmin Ali masih belum menjadi menteri MITI.
Ranking-ranking lain seperti “Cost of Manufacturing Operations Around The Globe” oleh KPMG dan The Manufacturing Institute, “Ease of Doing Business 2020” oleh World Bank dan juga “IMD World Competitiveness Ranking” semuanya mengambil komponen penanda aras bagi tahun 2015 hingga 2018 sebelum kewujudan Perikatan Nasional. Adalah tidak bertanggungjawab untuk Afif mengambil kredit hasil usaha Kerajaan sebelum ini terutamanya BN yang meletakkan Malaysia dalam kedudukan daya saing yang tinggi berbanding negara-negara lain.
Bagaimanapun segala ranking yang disebut Afif tidak berguna ia tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk prestasi sebenar menarik pelabur apabila jumlah net FDI jatuh dan lebih teruk tercorot dan ketinggalan berbanding negara serantau seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam. Kenapa Afif tidak menjawab persoalan ini? Adakah pelaburan-pelaburan oleh Apple, Samsung, Tesla, Amazon dan banyak lagi syarikat teknologi terkenal dunia di negara-negara jiran menjadikan mereka “dumping ground”?
Seeloknya Afif membantu boss beliau untuk merangka strategi menarik pelabur asing bukannya sibuk bermain dengan angka dan ranking yang tidak memberi apa-apa makna kepada ekonomi negara apatah lagi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Jika tidak mampu berbuat demikian, eloklah Afif nasihatkan boss beliau untuk segera menasihati YAB PM untuk memanggil parlimen untuk bersidang secepat mungkin untuk mengembalikan keyakinan pelabur luar kepada negara kita.
Jika tidak mampu juga eloklah bubarkan parlimen untuk rakyat Malaysia memilih Kerajaan yang lebih baik dan stabil demi memastikan daya saing dan pembangunan negara dikembalikan semula ke landasan yang sebenar.
Janganlah sibuk merencana rancangan mencuri ahli-ahli parlimen, sehingga keadaan ekonomi negara diabaikan.
*Hariff Ahamat*
*Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutuan*
*29 Mac 2021*
No comments:
Post a Comment