Sunday, April 18, 2021

INI KERAJAAN PALING GILA, SAMPAI BILA HENDKA MENGGILA BEGINI?


 INILAH KERAJAAN PALING GILA


Perdana Menteri Malaysia dalam kenyataan rasmi yang dimuatnaik di laman facebook mengguna nama Muhyiddin Yaasin memaklumkan bahawa “selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan perlantikan YB Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi sebagai Timbalan Menteri Persekutuan”


Seterusnya dimaklumkan bahawa beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.


Ini kerja gila lagi tidak munasabah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang turut mengheret Ke Bawah Duli Tuanku.


Alasan :


1) Perlantikan dibuat semestinya atas nasihat Perdana Menteri kerana Perkara 43A Fasal 1 berbunyi :


“(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan rakyat atau Dewan Negara”


Ironinya Perdana Menteri menggunakan Perkara 43A (1) dalam menasihati Ke Bawah Duli Tuanku untuk melantik seorang Timbalan Menteri tetapi Perdana Menteri sendiri tertakluk kepada Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi :


“(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan jemaah Menteri seorang ahli Dewan rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan rakyat itu; “


Persoalannya sekarang, di ketika ini, adakah Perdana Menteri masih mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat?


Semua maklum kedudukan Perdana Menteri sekarang dengan penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Dewan Rakyat seperti Gua Musang, Padang Rengas dan Machang. Sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadap Perdana Menteri tidak pernah dibuktikan dan diabsahkan di mana-mana pada bila-bila masa.


Ya... satu kelebihan yang ada pada Perdana Menteri ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang digubal dan diisytiharkan kononnya atas keperluan membendung pandemik covid19 tetapi dalam masa yang sama mempertahankan kuasa sedia ada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri walau pun tiada sokongan majoriti.


Apa yang ajaibnya, kenapa perlantikan Timbalan Menteri Baru boleh terus menggunakan peruntukkan Perkara 43A sedangkan peruntukkan Perkara 43 yang lebih penting tidak diendahkan.


Inilah Kerajaan yang ada sekarang. Ikut suka dia asalkan terus berkuasa.


2) Perdana Menteri dalam 2-3 hari lalu menyatakan bahawa Kerajaan sekarang sudah tidak banyak wang. Tahniah.


Tahniah kerana Kerajaan banyak membelanjakan wang katanya untuk kebajikan rakyat. Katanya tetapi apa hasilnya? Tidak tahu apa hasil bantuan kerajaan kepada rakyat. Adakah bantuan itu benar-benar membantu atau sekadar membelanja wang hanya atas terpaksa.


Jika kerajaan sudah tidak banyak wang, apa tindakan Kerajaan? Berjimat dan cari wang atau terus belanja dan harap wang datang sendiri?


Tindakan melantik seorang Timbalan Menteri yang baru bukan tindakan bijak dan berhemah.


Kerajaan PH sebelum ini mengecilkan jumlah anggota Jemaah Menteri dan Timbalan tetapi Kerajaan khianat ini menambah bilangan hingga ada antara mereka langsung tidak dikenali rakyat. Boleh buat kajian lapangan untuk dapatkan daripada rakyat berapa eamai yang tahu siapa menteri dan timbalan menteri yang ada sekarang.


Jika nama menteri dan timbalan tidak dikenali, adakah kerja mereka diketahui rakyat? Lebih dari itu adakah benar mereka bekerja untuk rakyat?


Jika ada Timbalan Menteri boleh bercuti ke luar negara dengan kelulusan Perdana Menteri selama 55 hari, apa keperluan lantikan baru ini? Tidakkah ini menambah “pay roll” Kerajaan yang sewajarnya digunakan untuk perkara lain?


Gila apa ini? Sampai bila hendak menggila begini?


Zulhazmi Syariff


SUMBER KLIK SINI



No comments:

Post a Comment