Berbalik kepada tulisan aku tadi, aku tak tuduh Menteri Agama rasuah. Aku kata, dia berada dalam kabinet yang diragui integritinya. Sebab itu dia dilihat jahat walaupun dia tak jahat.
Dalam soal penerbangan ini, dia mendakwa ditaja oleh Liga Dunia Muslim yang ditaja oleh Arab Saudi. Tapi kita tahu PN, mereka biasa menipu. Mahiaddin sendiri menipu bila dakwa dapat undangan Raja Saudi tapi cuma jumpa di zoom.
Jadi bagusnya menteri ini kongsikan butiran lengkap tentang tajaan ini. Surat yang menunjukkan memang ianya ditaja. Setakat dakwa ditaja, Najib sendiri pernah dakwa dapat derma raja arab. Sekali tengok raja tu dah meninggal.
Dan walaupun ditaja oleh NGO, pastinya ada individu yang terlibat dalam melobi untuk NGO itu menaja Menteri Agama. Siapa individu itu? Apa hubungan individu itu dengan Menteri? Atas dasar apa NGO taja penerbangan ini? Semua itu soalan yang mesti dijawabnya.
Sebab itu, langkah terbaik sebenarnya untuk pak menteri jauhkan diri dari perkara begini. Almarhum TG Nik Aziz pernah batalkan haji apabila isu tajaan jadi polemik. Itu contoh pemimpin Islam yang unggul. Jadi ikutlah...
Raja Gelap
.
No comments:
Post a Comment