Thursday, April 22, 2021

KENAPA PERLU PENYOKONG PH BERBALAH SESAMA SESAMA SENDIRI SEMULA, SIAPA PUNYA ANGKARA?


 Kebelakangan ini sebenarnya aku berasa agak lega. Bukan apa, aku melihat penyokong dan pendukung PH ramai yang sudah mula buat kerja yang betul, menyerang dan memberi penjelasan berkenaan kelemahan dan kesilapan kerajaan PN.


Majlis Presiden PH pun sudah membuat ketetapan menyatakan hanya DS Anwar sebagai calon tunggal dari PH untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU15 kelak. Ketetapan itu dilihat bakal menutup sama sekali segala pintu perpecahan dalam PH.


Namun secara tiba-tiba muncul pula idea mahu nenyerahkan memorandum menolak darurat kepada YDP Agong. Memorandum itu bukan satu keperluan mendesak pun kerana DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang telahpun menjelaskan kepada YDP Agong duduk perkara berkenaan ini.


Tapi seperti biasa, apabila DS Anwar tidak ikut serta acara penyerahan memorandum ini, parti belum cukup bulan, Pejuang, yang memang perjuangan utamanya menafikan sokongan terhadap DS Anwar untuk menjadi PM, mula menyerang DS Anwar dengan isu tersebut.


Dan sebagai akibat dari serangan itu, penyokong Parti Keadilan Rakyat mula menyerang balas. Tapi yang menyedihkan aku, bila serangan Pejuang disahut pula oleh segelintir penyokong PH hingga akhirnya perang sesama sendiri dalam PH pun tercetus semula. Tak perlulah aku sebutkan pihak mana. Rasanya ramai yang boleh nampak.


Untuk beberapa tempoh, PH begitu aman. Dan itu menyakitkan PN. Tetapi secara tiba-tiba, terjadi semula pergolakan akibat upacara penyerahan memorandum ini. Takkanlah kalian tak boleh nampak matlamat utama memorandum ini mahu diserahkan kepada YDP Agong? Memang tujuan utamanya untuk buatkan PH bergolak!


Apabila PH mula menyerang sesama sendiri, maka PN ada lebih masa untuk susun strategi. Dan PN juga seolah diberi bekalan peluru percuma untuk menyerang PH melalui isu ini, yang membolehkan mereka mengalih perhatian rakyat daripada melihat keboborkan mereka. Maka tercapailah matlamat perjuangan Pejuang.


Ada yang berkata, kalau DS Anwar ikut sama, tak terjadi perkara begini. Siapa kata? PH akan lebih teruk pula diserang oleh PN dengan tuduhan seperti PH tidak sensitif keadaan rakyat, derhaka perintah YDP Agong dan banyak lagi. Bukanlah kita dah pernah melihat tuduhan begini sebelum ini?


Sebab itu aku kata DS Anwar bijak, tak termakan umpan yang dipasang. Tapi ada pula yang sindir aku kata kalau DS Anwar bijak, tak adalah kena tipu dek Mahathir berulang kali.


Tapi bila masanya DS Anwar ditipu Mahathir? Yang tertipu sebenarnya kita semua. DS Anwar sendiri sebenarnya kurang senang dengan kehadiran Mahathir dalam PH. Tapi disebabkan keterujaan sebahagian pemimpin PH berserta kebanyakan penyokong, DS Anwar akur.


Soal peralihan kuasa pun DS Anwar tak kena tipu. Bila Mahathir berdalih tentang peralihan kuasa, sebenarnya Mahathir mahu umpan kemarahan DS Anwar sekaligus boleh meletakkan kesalahan ke atas bahu DS Anwar, kata DS Anwar gila kuasa jadi punca dia khianati PH. Namun itu tidak berlaku.


DS Anwar terlalu sayangkan kemenangan PH dan siap keluarkan kenyataan yang Mahathir boleh jadi PM sehingga akhir penggal. Dan itu telah gagalkan rancangan Mahathir kalih kesalahan ke atas bahu DS Anwar. Itu pun ada juga cubaan mahu tunjukkan DS Anwar sebagai punca PPBM khianat.


Jadi ceritanya di sini, musuh takkan mahu PH kuat kerana itu akan melemahkan mereka. Jadi PH perlu dipecahkan. Dan hanya ada satu isu sahaja yang boleh pecahkan PH iaitu soal keberadaan Mahathir dalam PH. Sebab itu Pejuang perlu dilihat wujud dan Mahathir pula perlu kekal di luar PN bagi menjayakan usaha ini.


Dan sebab itu juga Pejuang belum didaftarkan pada hal boleh saja jika Pejuang ambil alih parti sedia ada yang tidak aktif seperti dilakukan oleh Keadilan dan Amanah dahulu. Kerana Pejuang tak perlu lagi wujud apabila PH sudah berpecah. Mereka semua akan kembali kepada PPBM. Jadi untuk apa parti itu didaftarkan?


Penyokong PH sepatutnya sudah sedia nampak soal ini. Permainan ini bukan baharu. Dah lebih setahun mereka bermain begini. Waima unta pun boleh faham. Tapi kenapa masih ada penyokong PH yang lebih 'slow' daripada unta sampai masih termakan dengan helah sebegini?


Kalau mahu selamatkan negara dan rakyat, PN mesti dikalahkan. Dan kalau mahu kalahkan PN, Mahathir dan semua sekutunya wajib ditolak. Selagi masih ada pemimpin dan penyokong PH yang rela 'mengkucing kurapkan' diri mereka untuk terus berpaut kepada Mahathir, PH tak akan mampu tewaskan PN.


Nak selamatkan rakyat, jatuhkan PN. Nak jatuhkan PN, tolak Mahathir. Mudah saja formulanya.


Raja Gelap

2 comments:

  1. Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (3399) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
    1.di lilit hutang
    2.selalu kalah dalam bermain togel
    3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
    4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
    5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
    6.Dukun Pelet Sakti
    7.Dukun Santet Ganas
    8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
    dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

    AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
    SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

    ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
    «082-313-336-747»  
    ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

    ReplyDelete
  2. Anwar jd PM!!!. Jgn harap la. Dah lama dok kencing org. Dr 16 sept, cukup nombor, tu senua kerja dia la. Dan yg plg utama dia bekas banduan.

    ReplyDelete