Khalid... Khalid...
Pertama, DS Anwar sudah pun umumkan yang PH akan tumpukan kepada PRU. Tiada lagi usaha untuk mengumpul sokongan.
Kedua, kita bukan nak bantu UMNO. Tapi kita ambil kesempatan dari kelemahan UMNO. Itu saja cara untuk ambil alih kerajaan.
Ketiga, memang UMNO tak sekuat dulu. Sebab itu kita boleh ambil kesempatan. Kalau UMNO tengah kuat, jangan mimpi la...
Tapi walau tak sekuat dulu, UMNO nyata beribu kali lebih kuat dari Pejuang. Apa yang Pejuang boleh beri kepada PH?
Dengan 4 orang Ahli Perlimen, apa yang kita boleh buat? Pejuang sendiri pun tak ada kekuatan. Tak ada akar umbi pun.
Dengan UMNO, kita perguna UMNO. Tapi dengan Pejuang, kita yang diperguna. Kau sibuk DS Anwar dengan UMNO. Tapi kau sendiri jadi bodoh ikut ekor Mahathir.
Sekarang, tutup buku kerjasama dengan pihak lain. Selain 3 parti ini, tak ada parti lain boleh dipercayai. Terutamanya Pejuang.
Jangan lupa PH dilihat gagal selama 22 bulan memerintah kerana PM yang khianat. Juga menteri yang tak cekap.
Khalid sendiri salah seorang menteri yang penuh kontroversi ketika itu yang sedikit sebanyak telah jejaskan nama PH.
Khalid kata nak kuatkan PH. Tapi dengan statement begini, semakin kuatkah PH? Khalid ada masalah mental ke?
Sila hormati kehendak akar umbi. Sekarang ini akar umbi PH benci dan menolak Mahathir secara total. Jadi ikutlah.
Jangan biadab seperti Menteri UMNO. Akar umbi jelas menolak PPBM, tapi mereka lagi enggan letak jawatan.
Tapi tu sebab dapat jawatan. Berbaloilah juga nak biadab. Kamu dapat apa Khalid? Dapat cercaan dari penyokong je.
Berhenti sebut nama Pejuang dan Mahathir. Jangan nanti sebab kamu PH hilang satu kerusi berharga di Shah Alam.
Berapa lama kami penyokong mesti bersabar dengan kebodohan dan kedegilan kamu? Jangan cabar penyokong.
Raja Gelap
.
Pejuang Tak kuat tapi pecacai PkR ratib pagi perang siang malam...
ReplyDeleteKikikiki
4 MP Pejuang - Anwar Tak mampu jadi PM.
ReplyDeletePuluhan MP UMNO - Tak dapat pun Bantu Anwar jadi PM.
Yang bermasalah bukan Pejuang bukan umno tapi Anwar no numbers..
Kikikiki
Gelap masa depan anak cucu kalau sokong depan boleh belakang boleh senang cakap semua asal boleh la..
ReplyDelete