Saturday, May 22, 2021

APA YANG TAK KENA PROSES VAKSINASI DALAM NEGARA DAN KENAPA LEMBAB SANGAT?


 Kerajaan seharusnya mendengar pandangan dari pakar-pakar perubatan untuk membendung wabak COVID-19 ini. 


Kita dah tau ape masalah, kita pergi terus kepada penyelesaian.


Tiada guna lagi buat saringan banyak2 sbb kita tahun virus ni dah ade dalam komuniti. Jumlah sebenar kes adalah jauh lebih tinggi drpd yang dilaporkan setiap hari.


Mengikut kajian John Hopkins University , dengan kadar vaksinasi Malaysia skarang , lepas 5 tahun baru kita boleh capai imunisasi kelompok. Dalam bahasa mudah ade lagi 5 tahun kita nak kene PKP. 


Saya tertarik dengan pandangan Dr Hannan Yusof


Antara pandang beliau :


1-  Gunakan segala resources yang ada utk vaksinasi. Ade 8 jenis vaksin diluluskan WHO. Skarang kita guna hanya 3. 5 lagi boleh dibeli.


2- Kalau kerajaan tidak cukup budget nak beli vaksin, beri la kebenaran kpd pihak swasta utk beli vaksin2 lain yang ada dipasaran. Saya amat tidak faham isu kenapa pihak swasta tidak dapat beli vaksin direct sedangkan bnyk negara luar yang dah buat mcm ni .


3- Kita ade lebih 100 hospital swasta, lebih 10000 klinik swasta. Fasiliti dan tenaga manusia ni dah sedia ada utk inject vaksin.


4- Kos utk buat saringan covid tu lebih kurang sama je dgn kos vaksin. Skarang darurat , kerajaan boleh paksa syarikat insurance , yang buat medical card tu wajibkan bayar vaksin. Kilang2 kene bayar sendiri, hotel2 bayar sendiri.


5- Lepas tu ade pulak jawab rakyat x nak vaksin ? Takkan ni pon aku nak kene selesaikan.

Dah declare darurat , guna lah power darurat tu.

Siapa nak cross daerah wajibkan vaksin. Siapa nak masuk supermarket , x vaksin xleh masuk. Siapa x vaksin xleh kerja. Siapa x vaksin xleh dapat bantuan kerajaan. Siapa x vaksin , kerajaan hold Gaji dan pencen. Siapa x vaksin , family x boleh masuk universiti dan sekolah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4432460873465245&id=100001041281930

1 comment: