Tuesday, June 15, 2021

ANWAR BERIKAN CARA DAN KAEDAH NAK ATASI MASALAH PANDEMIK DAN EKONOMI NEGARA..


 Strategi Keluar Dari Pandemik

1) Mentor saya pernah sebut pada saya yang "when you come to me with a problem, you better have a solution ready". Benda ini yang saya pegang dari dulu yang mengajar saya untuk berfikir secara kritikal sebelum bertanya. Sebab itu bila saya menulis atau mengkritik, saya sudah ada penyelesaian terhadap apa yang saya kritik. Jadi sebab saya kritikal, saya tak kisah kalau orang hendak kritik saya balik; it works both ways, baru dari situ kita boleh bezakan idea mana yang bagus.

2) Saya baru tonton strategi Keluar Dari Pandamik oleh Anwar Ibrahim dan saya sendiri amat berpuas hati dengan penjelasan beliau. Cara yang dipakai dan laras bahasa nampak macam yang memberi penerangan itu tahu dan pakar dalam bidang dia (subject matter expert). Sebab itu Anwar bawa sekali Dr Wan Hasni untuk membantu beliau memberi penerangan untuk cover mana-mana yang kurang. 

3) Strategi Anwar untuk keluar dari pandamik sangat jelas. Satu, kenal pasti masalah yang sedia ada, kedua; merancang rawatan untuk masalah tadi dan ketiga; rancangan masa hadapan (masa panjang) selepas keluar dari masalah tadi. 

4) Dr Wan Hasni juga ada sebut tentang kesenjangan data, kamus dewan sebut kesenjangan ini sebagai keadaan senjang, ketidak­seimbangan, kelainan, perbezaan. Sebab itu siapa yang cerdik pandai perasan data yang KKM present kadang-kadang pelik, dan KKM sendiri mengaku yang ada backdated data di masukkan dalam laporan harian. Ini sudah tentu akan menghilangkan kredibiliti KKM, bayangkan tak pernah terjadi dalam sejarah FB KKM sendiri tutup ruang komen sebab takut rakyat marah, hanya berlaku di zaman PN. 

5) Anwar echo lagi dengan kata exit plan mesti di pandu oleh oleh sains dan data, pemimpin kena pandai membuat keputusan yang rigid dan tidak apolegetik, evidance based policy. Yang kita ada sekarang ini, pemimpin yang tak berani nak buat keputusan, umum dulu buat sesuatu, plan nya belum mula lagi. Macam sudah tahu sakit perut dari pagi, petang baru nak buka beli simen nak gali jamban. Itu yang jadi keadaan serabut, umum PKP, Darurat tapi SOP tak finalize lagi. Kementerian semua caca marba, borangpun pakai google form, lepas tu boleh pula crash. Benda melibatkan periuk nasi rakyat mereka boleh pandang mudah. Sebab apa? Sebab elaun mereka masih berjalan walaupun parlimen tutup. Sebab bukan anak mereka yang menangis kelaparan di rumah. 

6) Anwar sebut lagi tentang bantuan pada golongan M60 yang mana bukan B40 sahaja yang terkesan, yang M40 tadi pun ramai sudah jadi B40. Itu belum masuk bab, ketelusan tentang vaksin dan pembekalan, mysejahtera lagi. Kalaulah jatuh kerajaan haram ini, kita akan desak buka kertas siasatan siapa tangan ghaib di sebalik kelambatan vaksin dan 70 juta perbekalan untuk sistem vaksin

7) Anwar sentuh bab sosio ekonomi, pemimpin melalui maqasid syariah; maksud dia keputusan kerajaan itu berpandu pada maslahat masyarakat. Bukan buat keputusan sesuka hati macam naikkan denda langgar SOP untuk rakyat miskin tapi kena tang menteri, buka kertas siasatan lepas tu peram kes sampai NFA. Ini benda yang Nabi larang dan jadi salah satu punca kenapa Allah laknat bani Israel. Sebab double standard.  

8) Lepas itu Anwar kritik pasal pimpinan PN, keputusan flip flop, kenyataan bercanggah di antara menteri, menteri kritik keputusan kabinet, malu dengan negara luar. 

9) Pasal Mageran Mahathir pun Anwar ulas, sama macam saya tulis, ianya adalah cara untuk kembali berkuasa dengan jalan membelakangkan parlimen. 

10) Lepas itu kalau ada yang nak kritik kenapa Anwar bising bentang dalam Facebook; habis tu parlimen di tutup, nak berdebat di mana?  

11) Anwar juga sentuh bab kesihatan mental, tekanan, kehilangan keluarga. Hanya leader yang empathetic, yang turun sendiri lihat apa yang berlaku di bawah sahaja yang faham dengan masalah rakyat. Kadang-kadang kita tengok orang tu normal, solat tak tinggal, kerja masih ada tapi dalam kepala dia ada suicidal thought; ini yang pakar semua sebut tentang salah satu akibat dari kelelahan pandemic (pandemic fatigue) . 

12) Bila saya tulis pasal Anwar walaupun saya bukan ahli PKR tak bermakna saya taksub dengan Anwar. Contohnya leadership Anwar hanya boleh provide 60% dari pencapaian, lagi 40% itu akan datang dari pasukan yang bagus. Sebab itu pemimpin yang bagus bukan pemimpin yang micromanage, yang bagus ialah orang yang boleh delegate tugas dia pada orang bawah; asuh orang bawah supaya ready untuk tugas yang lebih besar. Kalau yang hak jenis rasa dia sahaja yang betul itu dari awal kena jauh. Itu yang 40% tadi kena di di isi oleh orang macam Dr Dzulkifli, Dr Mujahid, Dr Mazlee etc; baru akan jadi Magnum Opus, perfect composition of a dream team. 

13) Dan sebab itu juga kalau ada ura-ura nak lantik Kuli atau H20 tetap akan bagi result yang sama. Sorang dinasour politik yang tak tahu guna online press conference, yang lagi sorang beli heli tak tahu sampai bila, siap panggil China taikor lagi. Nak ke PM kita kowtow pada China? Sembang anti komunis tapi depan komunis di pula boleh junjung. Dan dia tak ada pasukan yang boleh picu dia keluar dari kemelut Covid. Nak tarik siapa jadi menteri kabinet kalau semua dari kolam indah water yang sama? Air suam, tiktok, doreamon, Sawit tak kuarantin, Duta makan gaji buta, siapa lagi yang boleh pakai dalam kabinat kalau either Kuli or H2O jadi PM? 

14) Dr Wan Hasni sebut PDPR gagal sebab tak ada capaian internet, even di bandar pun kalau di flat-flat kos rendah akan ada masalah. ( jurang sosio-ekonomi akan lagi membesar sebab hanya keluarga yang mampu sahaja yang tak ketinggalan, boleh beli peranti untuk anak-anak, yang miskin kekal jadi miskin); vicious cycle of poverty.

15) Lagi satu mereka ada sentuh tentang jumlah testing dan percent positif kena selari. Masalah kes sekarang menurun sebab jumlah testing berkurang padahal kes positif masih sama. Contoh kalau dengan positif rate 7%, dan kalau test 71K, dapat kes positif 5K, kalau test 57K, dapat kes 4K. Jadi kalau nak dapat kes kurang, kena kurangkan kes test? Ini bercanggah dengan kaedah WHO (citation needed) yang mana kalau tak silap kena kes postif bawah 1.5% baru okay untuk buka sempadan negara. 

16) Sebab itu orang yang profesional macam saya tak percaya dengan "jaminan langit" kata kerajaan ini dapat rahmat hanya sebab PM pandai baca doa dan imam solat. Nak yakinkan orang yang profesional ini senang sahaja, good data, good science and excellent leadership; not dictactorship. Heck kalau Najib Razak boleh buat presentation macam ini pun saya akan kata his exit plan is good tapi dia hanya berani tulis dalam Facebook sebab yang tulis itu penulis upahan dia. Yang realitinya dia hanya tahu sakau duit rakyat dan lari dari bayar cukai.  

17) Sebagai penutup, yang di fitnah kata tak ada idea untuk pemulihan telah gariskan langkah-langkah di bawah:

Anwar pentingkan isu rakyat: pendidikan, kos sara hidup, perumahan, kesihatan rakyat, pekerjaaan anak muda, pembangunan luar bandar dan membawa masuk pelabur asing menanam modal dalam negara.

18) Saya menutup dengan kata-kata hikmah dari ATGNA "Soal Anwar Ibrahim ini, orang yang berkelayakan menjadi Perdana menteri, dan dia ini bekas menteri kewangan. Dia tahu selok belok, dia mempunyai pelajaran, di kenali di antarabangsa, dia memang layak Menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba orang tak nak beri dia jadi Perdana Menteri, macam-macam ikhtiar, macam-macam sekatan di buat, Allah Taala akan JAHANAMKAN ORANG JAHAT, Insyallah"

19) Hasbunallah wanikmal wakil, Moga ada sinar di sebalik pertemuan Majlis Raja-Raja nanti.

cnp

link video di fb 
https://fb.watch/688CMwe6HJ/

1 comment:

  1. Lihat sejarah perjuangan beliau dan pembentukan parti PKR yang merupakan satu-satunya ditubuhkan atas perjuangan untuk seorang individu bukannya rakyat. DSAI ini sudah terkenal dengan pandai cakap tapi kosong. Sudah berapa kali beliau berbohong dan Allah sudah mengingatkan kita akan perihal bohong ini. Beliau sangat taksub untuk jadi Peemm dan cuba sedaya upaya secara terang dan belakang tabir. Itulah DSAI yang saya kenali dan saya tidak akan sekali-kali menyokong beliau sebagai PMe

    ReplyDelete