Rakyat minta dia tutup kilang untuk seketika, dia kata Covid naik sebab ziarah raya.
Lalu dia tutup masjid dan peniaga kecil tapi benarkan kilang.
Rakyat suruh dia buat Full Lockdown, dia buat Fool Lockdown.
Rakyat kata kerajaan gagal kawal Covid, dia kata kerajaan berjaya sebab kes hanya 4,900 sehari dan bukan 13,000.
Rakyat tuntut moratorium pinjaman automatik, dia jawab kerajaan tak kawal bank.
Rakyat minta i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0, dia kata KWSP bukan bank.
Golongan B40 rayu untuk lebih dibantu masa PKP, dia beri RM100 bagi bujang.
Dibayar akhir bulan.
Golongan M40 rayu dibantu kerajaan, dia jawab kerajaan bakal tampung subsidi minyak sehingga RM8 bilion tahun ini.
Padahal dia juga yang suruh duduk rumah dan jangan keluar.
Kita minta dia buka parlimen, dia kata terlalu ramai orang tua dalam dewan.
Raja-raja titah parlimen dibuka segera, dia jawab akan buka 3 hingga 4 bulan lagi.
Sekiranya sesebuah kerajaan sanggup meremehkan titah YDP Agong dan Raja-raja, agaknya mereka akan dengar rintihan Rakyat tak?
Najib Razak
No comments:
Post a Comment