Friday, June 25, 2021

BETULKAH HISHAMMUDDIN DAN AZMIN NAK AMBIL ALIH KUASA DARI MUHYIDDIN..?


 PATUTLAH H2O BERSUNGGUH KRITIK KERAJAAN MENJELANG KETUA2 PARTI MENGHADAP AGONG BARU-BARU INI…

Berdasarkan pengakuan Nazri Aziz bahawa dirinya adalah “mastermind” dalam mengumpul Akuan Bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN untuk menyokong Hishammuddin Hussein, adalah jelas Menteri Luar Negeri itu sekarang ini sedang merancang sesuatu untuk dirinya.

Meskipun Nazri mengatakan usaha mengumpul SD itu bukan bertujuan menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin atau untuk menjadikan Hishammuddin Perdana Menteri, tetapi orang yang faham tentang politik tentu tahu itulah matlamat akhir apa yang diusahakan Nazri itu.

Hishammuddin atau H2O kini telah menyerlahkan warna sebenar dirinya untuk menjadi Perdana Menteri melalui apa yang didedahkan Nazri itu.

Tidak mungkin Nazri melakukan usaha mengumpul SD itu tanpa restu atau kebenaran daripada H2O atau untuk tujuan bagi Tok Mat, Ismail Sabri atau KJ dijadikan Perdana Menteri.

Dengan pengakuan Nazri ini, maka fahamlah akhirnya kita mengapa sebelum ketua-ketua parti dijemput menghadap Yang Dipertuan Agong baru-baru ini, H2O tiba-tiba saja menulis dengan panjang lebar di websitenya mengkritik kerajaan dalam cara menguruskan pandemik Covid19.

Antara kritikannya, H2O menggesa kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak tersebut.

Beliau berkata, karenah birokrasi menghalang Malaysia daripada menerima bantuan negara luar, ketika rakyat negara kian gelisah dan letih menghadapi wabak itu, sambil melahirkan kebimbangan negara hilang keseimbangan antara mengutamakan kesihatan awam atau kepentingan ekonomi.

Kemudian, H2O juga mengkritik pelbagai desakan membuka Parlimen dengan meminta agar ia tidak digunakan sebagai medan merebut kuasa.

Sebagai menteri yang tidak pernah mengkritik kerajaan yang beliau sendiri ada di dalamnya, kemunculan kritikannya secara tiba-tiba itu memang sesuatu yang menghairankan.

Rupa-rupanya, hari ini baru kita faham semua itu ada kaitan dengan 25 SD Ahli Parlimen BN yang sudah ada dalam tangannya yang akan dipersembahkannya kepada Agong.

Menurut apa yang disebut Nazri, SD itu adalah sebagai persiapan sekiranya H2O dipanggil untuk menghadap Agong dan ia telah pun diserahkan kepada bekas Naib Presiden UMNO itu.

Pun begitu, atas kapasiti apa sebenarnya H2O boleh ada perasaan bahawa Agong akan memanggilnya menghadap, lalu dilakukan usaha mengumpul SD itu?

Apakah kerana isterinya seorang kerabat Pahang?

Patutlah juga H2O nampak bersungguh menolak Parlmen digunakan untuk peralihan kuasa kerana beliau sebenarnya lebih berharap kaedah SD untuk melantik Perdana Menteri baharu berikutan kemelut dan kedudukan Mahiaddin yang dipertikaikan.

Realitinya, H2O tiada sebarang jawatan atau kedudukan dalam UMNO setelah memilih enggan bertanding pada pemilihan UMNO 2018 lalu iaitu sebaik saja BN sudah hilang kuasa.

Namun demikian, setelah terbentuknya kerajaan PN dan beliau dilantik sebagai Menteri Luar Negeri, Zahid Hamidi kemudiannya telah melantik H2O sebagai Bendahari BN.

Melalui pendedahan Nazri hari ini, ternampak H20 cuba “main belakang” terhadap dua orang yang merupakan ketua kepadanya.

Pertama, H2O dilihat menikam Mahiaddin daripada belakang melalui gerakan mengumpul SD yang “dimastermind” oleh Nazri yang bertujuan untuk memungkinkan dirinya sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kenapa dalam keadaan Perdana Menteri tergugat kedudukannya, SD yang dikumpul itu tidak ke arah mengukuhkan lagi sokongan 25 Ahli Parlimen terbabit kepada Mahiaddin?

Kedua, ini juga adalah perbuatan yang dilihat menikam Zahid Hamidi sendiri kerana SD itu menunjukkan 25 Ahli Parlimen terbabit hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Sebagai pemimpin UMNO yang tiada jawatan di peringkat hireaki kepimpinan Pusat, perbuatan mengumpul SD ini lebih tidak bermoral kerana ia dilakukan terhadap orang yang telah memberi H2O jawatan Bendahari dalam gabungan itu.

Dengan ciri-ciri sedemikian, selain pelbagai lagi gerakan yang menjadi bualan ramai tentang apa yang pernah dilakukannya dalam tempoh UMNO tiada kuasa dan ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sebelum terbentuknya kerajaan PN, cuba kita renung sejenak, sesuaikah H2O untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri akan datang Malaysia? (ShahbudinHusin 23/06/2021)

2 comments:

  1. Bolehkah Statutory Declaration ("SD") di gunakan untuk menbentuk kerajaan? Adakah SD yang ditandatangani oleh mereka boleh mewakili pengundi di kawasan yang mereka menangi? Adakah dalam perlembagaan menyatakan SD boleh di gunakan untuk membentuk kerajaan, Kalau begitu buat apa kerajaan buang duit dan menyusahkan rakyat keluar mengundi?

    ReplyDelete
  2. Emergency Cash Loans Hello Everybody, My name is Mrs. Phyllis Sue South. I live in UK London and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $350,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 2 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $350,000.00 U.S. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs. Phyllis Sue South that refer you to him. contact Dr. James Eric via email: financialserviceoffer876@gmail.com Whats-App +918929509036

    ReplyDelete