Saturday, July 3, 2021

1 JUTA VAKSIN SUMBANGAN DARI JEPUN.. MANA SATU BETUL NIE..?


MANA YANG BETUL?

Kenyataan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertarikh 1 Julai 2021 memaklumkan Malaysia menerima 1 juta dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan Jepun. 

Laporan Facebook rasmi KKM pada 2 Julai 2021 pula menyatakan sebanyak 586,700 dos telah diterima oleh Pharmaniaga.

Pertama, jika 586,700 dos yang diterima Pharmaniaga adalah daripada 1 juta dos yang diterima dari Jepun, mana bakinya?

Kedua, sebelum ini dinyatakan tiada monopoli vaksin kerana Pharmaniaga hanya berhak membawa masuk vaksin Sinovac sahaja, tetapi kenapa AstraZeneca ini diberi kepada Pharmaniaga?

Mana yang betul? 

1 juta dos AstraZeneca ini sumbangan daripada Jepun, sumbangan maksudnya apa? Percuma kan? Atau kena bayar juga. 

Jika percuma, adakah diberi percuma juga kepada rakyat atau dijual kepada pihak swasta?

Zulhazmi Syariff







 

No comments:

Post a Comment