ini fakta kenapa Sgor tidak bolh tutup kilang?
baca n hadam,baru sembang tak nampak bodow
Kesimpulan
Harus ditekankan bahawa menteri besar Selangor sudah berkali-kali meminta MKN supaya hanya kilang-kilang yang benar-benar perlu (essential) dibenarkan beroperasi, walaupun Miti telah membenarkan lebih banyak kilang dibuka. Ini bermakna kerajaan negeri sudah memohon untuk pelaksanaan SOP yang lebih ketat bagi negeri Selangor dalam hal membabitkan kilang, tetapi tidak diendahkan oleh MKN.
Jika memang boleh guna kuasa PBT, sudah tentu kerajaan negeri sendiri sudah tentu sudah pertimbangkan dan dinasihati oleh penasihat undang-undang negeri mengenai perkara ini.
Mengapa perlu meminta MKN jika kerajaan negeri boleh bertindak? Jawapannya, sebab kerajaan negeri sememangnya terikat dalam hal ini.
Saya tidak setuju bahawa kerajaan negeri berbuat sesuka hati, melanggar rule of law dan melangkaui bidang kuasa dan budi bicara, mendedahkan diri kepada tindakan mahkamah, semata-mata demi ‘political mileage’.
Apa yang jelas adalah kaedah untuk menutup kilang dalam keadaan penularan wabak sekarang adalah melalui Akta 342, dan bukannya mana-mana kuasa PBT.
Mana-mana kerajaan wajib bertindak dalam kerangka yang dibenarkan, dan menggunakan budi bicara, sekiranya ada, dan bukan dengan sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment