Sunday, August 15, 2021

TPM GAGAL ganti PM GAGAL?


 TPM GAGAL ganti PM GAGAL?
Kebangsatan apa ini?

1.GERAK dan umum mengetahui dalam tempoh 24jam lalu dan mendatang pelbagai usaha dibuat setelah semakin pasti PM Mahiadin akan berundur. 

2.GERAK juga maklum ada usaha kekalkan kerajaan PN tanpa Mahiadin.Ertikata lain, PM sahaja berganti baru tetapi kabinet rata2 kekal.Dan paling mengejutkan TPM hari ini menjadi PM baru!

3.Sekiranya berlaku,ianya satu lagi episod penipuan,pembelotan dan kerakusan yang semata2 selamatkan kepentingan elit2 politik  dan menghumban kepentingan rakyat sekali lagi. 

4.GERAK ingatkan hakikat yg terpampang selama ini bahawa kegagalan sebuah kerajaan.Bukan kegagalan hanya PM seorang.Semua menteri gagal apalagi TPM!

5.Kerajaan ini gagal dari segala segi khususnya menangani pandemik Covid19 yg menjadi Malaysia negara paling parah.Ianya disebabkan kabinet lemah, fokus pertahan kuasa,korup dan double standard- orang besar lepas dr hukuman manakala rakyat dihukum keras! 

6.Menteri Vaksin yang kononnya berjaya juga gagal sebenarnya sebab lambat dan hanya pantas setelah kematian melonjak.Nyawa rakyat ribuan sudah hilang! 

7.Makanya GERAK tuntut bukan sahaja Mahiadin tetapi seluruh jemaah menteri yang bersama Mahiadin TIDAK diberi sebarang tempat dalam kerajaan baru ini. 

8.Lebih2 lagi usaha menaikkan TPM gagal menggantikan PM gagal!Sampai bila orang politk nak jadikan Malaysia bahan ketawa dunia!

9.Kepada TPM dan menteri2 dibawah Mahiadin, jadilah manusia bermaruah.Gunakanlah sedikit sisa2 maruah yang kamu ada dengan mengambil tanggungjawab bersama.

SEMUA UNDUR BERSAMA MAHIADIN! 


MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia
GERAK 

15 OGOS 2021, 6 MUHARAM  1443H

No comments:

Post a Comment