Sunday, October 31, 2021

"BELANJAWAN DEDAK" era Najib kembali semula pada 2022.!


 BANTUAN TUNAI BRIM BUJANG, PENGELUARAN KWSP YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN RAKYAT.. BELAJAR DARI JOKOWI BANGUNKAN MINDA RAKYAT INDONESIA....

Rata rata yang aku baca diruang komen kemarahan rakyat ada dua faktor utama, Pengeluaran KWSP 10K One Off.. Dan BKM(BRIM) Bujang.. Inilah yang telah merosakkan pemikrian rakyat selama ini.. yang mereka tahu, berapa Tunai yang mereka boleh dapat tahun ni... Yang lain tu, Lantak lah..

Semalam semasa tonton temubual di Awani selepas Solat Jumaat.. Tiba tiba ke udara ucapan pembukaan Menteri Kewangan(Bankers) dengan mumulakan ucapan dengan Bantuan BKM sebanyak RM 2 ribu bagi keluarga yang mempunyai 3 ahli keluarga.. 

Lepas pengumuman tu aku dah tak layan Pembentangan Belanjawan.. Bagi aku sampah..Sudah lah point Belanjawan tak teratur.. Tak pernah dalam sejarah Belanjawan, Pengumuman bantuan Tunai, samada BRIM,BSH hatta BPM diumumkan pada awal pembukaan ucapan Belanjawan.. Yang Penting ada unjuran hasil..

Apa maknanya ? Mereka cuba membeli jiwa orang Melayu dengan Bantuan Tunai.. Inilah yang merosakkan pemikiran orang Melayu.. Mereka tidak mahu tahu apakah negara punya Pendapatan, Apakah ada peluang pekerjaan dan Perniagaan.. hatta Gaji Minimum.. Yang mereka tahu, Boleh tak dapatkan tunai secepat mungkin hatta itu duit simpanan mereka dihari tua.. 

Inilah cara Najib dulu Merosakkan Pemikiran Melayu..Melayu tidak kisah lagi harga minyak masak mahal..Harga ayam, ikan dan Sayur melonjak.. begitu juga harga makanan.. Depa tak peduli Harga rumah sewa yang tinggi... Sedangkan Rakyat kerugian beribu ringgit dari bentuk Inflasi dari dari kenaikan Kos sara Hidup. 

Depa tak peduli dulu harga Ayam RM 5, hari ni RM 9 se KG.. Depa tak peduli dulu minyak masak RM 16 kini Rm 30.. Depa tak kisah pun , Dulu Nasi Ayam RM 5 sekarang RM 8.. Semua kerugian itu tak bawa makna pada depa.. Yang penting dapat Cash Tunai ditangan..

Hatta seumur hidup terpaksa menyewa rumah Kerana harga rumah yang mahal.. Dulu sewa RM 300, Kini Terpaksa menyewa Paling kurang RM 600 Sebulan.. Takpa..Sanggup hilang RM 8000 Setahun menyewa Rumah yg bukan milik dia.. 10 Tahun mereka mungkin habiskan RM 80 Ribu membayar aset yang bukan hak depa..

Biar lah rugi.. Kedai dan perniagaan terpaksa ditutup.. Biar hutang Ah Long..Hilang Kuasa Beli..janji ada 2 ribu bantuan tahun ini.. biarlah gaji basic kekal rendah.. tak penting pun dasar gaji minima..

 Mampus pi dasar perumahan Rakyat..Janji berapa tunai yg kerajaan nak bagi..Berapa puluh ribu duit KWSP aku boleh Keluar.. Tapi itulah Gambaran Kerosakan minda terutama Masyarakat Melayu dibuat Najib dan UMNO.. 

Politik Nilai takda makna pada mereka.. Ia Mengingatkan aku temu bual wartawan dengan Jokowi dan Ucapannya..Jokowi dalam Ucapan mengatakan bila ditanya, Kenapa perlu bangunkan Lebuh raya..Jambatan, Airport, Bandar Sukan di Wilayah Provinsi termundur di papua yg rata rata fizikal mereka seperti orang Asli.. 

Apa Jawab Jokowi..? Itulah yang jadi persoalan bila orang bertanya.. Ia sama seperti soalan, Mana dulu..Telur atau Ayam.. Apakah mahu kita tunggu ekonomi itu membangun baru kita bina Infrastruktur ? Dah inilah Lambang keadilan Sosial.. 

Disoal wartawan pada Jokowi...Kenapa tidak beri saja Bantuan tunai, Mudah.. sebab disana mundur rakyat miskin.. Apa Jawab Jokowi ? Infrastruktur seperti Lebuhraya, jambatan akan membuatkan mereka akan lebih kaya, Hasil tanaman, Kraf mereka boleh dijual..Barang yang sampai akan jadi lebih murah.. Ini cara membangunkan sebuah Masyarakat.. inilah kefaham Ekonomi dalam Pemerintahan..

Apa yg disebut Jokowi, Mengingat kan aku kepada Ucapan Tun Mahathir di parlimen.. bagaimana Petani..orang kampung tidak harus dibantu dengan tunai..Tetapi tubuh koperasi, Susun masyarakat dengan Pelbagai sumber kekayaan baru melalui pertanian... Tapi dapat dekat orang Melayu.. depa kata Tun mahu dera orang melayu.. Ini lah corak pemikiran Melayu..hatta penyokong PH.. Depa sendiri tak faham.. 

Yang depa tahu..Sumbat rakyat dengan Tunai.. Bagi itu bagi ini... Ini bukan caranya nak bangunkan sesebuah Masyarakat.. tahu atau tak.. RM 8 Billion setahun bayar BRIM.. Sedangkan nilai RM 8 Billion tu bersamaan kerajaan memberikan 800 ribu rumah bernilai RM 100 ribu secara Percuma.. Rakyat tak perlu lagi menyewa kos yg Tinggi atau dibebankan dengan Hutang Bank.. Apa nilai yang kita dapat ? Lebihan tunai yang akan jadi kuasa beli setiap Bulan.. 

Tapi Biasalah.. Sukarnya mengubah Minda Masyarakat.. bila ada kalangan Pemimpin sendiri gagal Memahami Ekonomi dan. Keperluan Sebenar Rakyat.. Di Malaysia, Kita masih menjadikan Politik Populis selain sentimen Agama dan Kaum sebagai cara membeli hati hati rakyat.. Bila kita nak maju..Malu aku pada Indonesia.. ;) 

Ipohmali

No comments:

Post a Comment