Sunday, October 31, 2021

PULAU BATU PUTIH : PENYANGAK 1MDB DAN PENYANGAK TANAH MELAYU DAN KETURUNANNYA..


 CERITA SIKAP MELAYU

PULAU BATU PUTIH : PENYANGAK 1MDB DAN PENYANGAK TANAH MELAYU DAN KETURUNANNYA..

Sapa baca laporan hari ni berkenaan hutang 1MDB takda rasa Marah.. Sah sah orang tu bukan saja Gila.. Tapi takda Iman.. Bagaimana Teruknya kita(Kerajaan) terpaksa tanggung hutang 1MDB.. Memang benarlah gelaran yang paling Tepat pada dia adalah Penyangak..! 

Bayangkan Kita kena bayar faedah saja Berbillion.. Apapun tak nampak.. Tahun Depan kena bayar Berbelas Billion.. Kalau agih rumah percuma pada Rakyat.. lebih sejuta rakyat dapat rumah percuma bernilai RM 100 ribu seorang... Tapi penyangak Cina dan Melayu ni sedap jer Enjoy pakai duit rakyat..Duit KWAP pulak tu..

Tapi Penyangak ni lah cuba berlakon Hero kononnya mempertahankan Pulau Batu Putih.. cuba salahkan PH dan Tun, Ada lebih 10 Tahun peluang Merayu..Tahun ke 10 baru nak berlakon Merayu..Sedangkan Sejarah penyagak Melayu UMNO ni ada datang dari Pahang, Ada dari Johor.. Tapi Penyangak2 UMNO ni lah cuba berlakon kononnya mempertahankan Kedaulatan pulau batu Putih.. 

Sembang nak Pertahan Pulau Batu Putih kononnya.. Tapi lupa, Berapa luas Tanah dan hartanah hat jadi milik kita tergadai pada pemilikan dan Kontraktor China dan Singapura di Johor..Tak kira Wilayah Iskandar mahupun Forest City.. Ni semua kerja UMNO..Dari sibuk pertahan Pulau Batu putih.. Baik pertahan Hak yang tanah dan wilayah Kita.. 

Penyangak dari Pahang ni mungkin lupa, Bagaimana Tanah lebih 250 hektar milik KTMB di Tanjong Pagar tergadai kepada Singapura.. Dah sah sah lah itu Tanah milik KTMB dengan Pajakan 999 tahun.. Tapi semudah itu dia gadai pada Singapore.. 

Tapi biasalah.. tanah KTMB tu pun cuba salahkan Tun Mahathir..Kononnya dah ada Perjanjian tahun 90'an.. Sedangkan Tun lah paling keras dengan Singapore.. Tun mengamuk ngan Paklah pasal Jambatan bengkok yang nak dibina atas tanah milik Malaysia.. Tun Sejarahnya dapatkan balik Hak Ladang beratus ribu hektar milik British melalui pemlikan saham dalam Guhtrie..Kita mungkin masih ingat peristiwa Dawn Raid..

Kononnya alasan dia.. pertukaran tanah tu menguntung Malaysia.. Sedangkan dia yg gadai.. Dari pemilikan tanah tu 100% Milik Malaysia dan KTMB, Tiba tiba tanah ganti dapat pulak Singapore melalui Temasek JV 40% pemilikan Saham..Sama macam dia cakap Pembangunan Bandar Malaysia tu menguntungkan 1MDB.. Habis Gadai semua bagunan Bersejarah hatta Tanah milik TUDM..

Bayangkan Bagaimana Penyangak ni juga sebab nak selamatkan 1MDB.. Tak cukup guna duit KWAP..Dana Rakyat jamin dan bagi pada 1MDB.. Bila duit dan pelaburan lesap.. Siap deal gadai tanah, Habis Gadai Pengkalan Udara Sungai besi(TUDM), Penjara Pudu dan TRX atas alasan mudah untuk Pembangunan..

Bagaimana Penyangak ni jual tanah TRX pada 1MDB, Tanah TRX yang dia beli dari Kerajaan ole 1MDB.. 1MDB beli dari kerajaan pada nilai SQF cuma RM 4 juta.. tapi dijual kepada Tabung Haji pada nilai RM 188 juta.. lebih 50 kali ganda.. nampak tak cara silap mata Penyangak ni gadai tanah Melayu.. 

Tapi macam biasa, Tanah TRX..Tanah TUDM, Tanah tanjong Pagar hat tergadai atas alasan jana keuntungan Berbillion ringgit.. Kalau untung pasai apa jual pada 1MDB..jual terus pada Tabung Haji atau Khazanah.. Abis Tanah hat dibeli dengan nilai RM 188 Juta tu dah jual ? Dia ingat bangunkan Projek dengan nilai RM 30 Billion untungpun RM 30 Billion..Membohong jer kerja penyangak ni..

Dia macam Anak tak guna hat pakai duit simpanan bapak dia main Judi, Bila rugi..Dia gadai pulak Tanah pusaka bapak dia, Kononnya buat Projek perumahan nanti nak ganti Balik duit bapak dia.. Bayangkan Berapa kali penyangak dan kaki Judi ni berbohong habiskan harta hak adik beradik hat lain.. Last2 bukan duit Bapak dia jer hangus, Tanah pusaka bapak dia pun lesap..

Tapi itu lah..Selalunya penyangak lah Berlakon jadi hero pertahan tanah Melayu.. Hat dok kata Pertahan tu lah hat gadai Tanah Melayu tak kira hat Pemimpin UMNO dan ^&%^& di Pahang atau Johor..bak kata Menteri Agama kerajaan Khianat hari ni.. UMNO ni..Siang jerit Hidup Melayu.. Malam Jual Tanah Melayu.. 

Tapi Hat jerit pertahan Batu Putih..Kalau kita Kaji Sejarah bagaimana satu Gunung Genting tergadai pada Tauke Judi.. Sampai satu Keturunan ada saham dalam Syarikat berkaitan Judi.. Tiba tiba berlakon nak pertahan Pulau Batu Putih dan tanah Melayu.... 

Tapi macam biasa, Bani Melayu termasuk bani PAS tetap nampak salah DAP.. Padehal depa ni lah hat kuat gadai Tanah dan Hak Melayu.. takda rasa malu angkat Penyangak dan Penyamun jadi pemimpin.. :) 

Ipohmali

No comments:

Post a Comment