Tuesday, November 9, 2021

PAS jangan hanya nak dedah kelemahan Kerajaan PH P.PINANG sahaja.. NEGERI SEMBILAN & SELANGOR sama..!


 PAS akan dedahkan kelemahan DAP di Pulau Pinang sebagai bukti kegagalan PH.

Bagus! Aku suka. Tapi cuma nak ingatkan, setakat ini yang kata cuba dedahkan kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang, semuanya kalah saman fitnah. Jadi silakan cuba lagi.

Tapi kenapa Pulau Pinang sahaja? Macamana dengan Selangor dan Negeri Sembilan? Itu dua negeri yang diketuai Keadilan. Kan?

Sepatutnya serlahkanlah kelemahan Selangor dan Negeri sembilan sekali sebab Pengerusi Majlis Presiden PH adalah presiden Keadilan. Kan lebih menusuk kalau buat begitu.

Oh tak... Dua negeri itu susah sikit. Kenapa? Sebab tak dapat mainkan isu perkauman dan agama. Sebab di dua negeri itu, nak kata Melayu dan Islam terancam tu susah.

Lainlah macam Pulau Pinang. Majoriti Cina. Senang sikit nak takutkan Melayu. Nak tuduh Melayu di sana dipinggirkan. Nak kata Cina kawal ekonomi.

Bila PAS sebut begitu sahaja, aku dah boleh nampak apa cara PAS hendak berkempen. Tapi bongok PAS ni. Negeri-negeri selatan ini pengundi Cina bukan sedikit.

Main isu kaum cuma akan makan diri saja. Sebab itulah PAS ditolak terus di sebelah selatan. Tapi itulah. Lebai PAS bukan reti berpolitik.

Apa pun, kalau nanti PH gunakan negeri Kelantan sebagai contoh PAS tak reti mentadbir, jangan nak marah pula ye? Sebab kalau nak bandingkan kelemahan, ternyata Kelantan lebih teruk daifnya.

Demikianlah lebai. Lama dia tak tengok cermin.

 
Raja Gelap

No comments:

Post a Comment