Kelakar pula rasanya.
Tadi aku tengok post Dr. Maszlee di cafe parlimen. Adalah komen nakal cytro BN/PN. Kata mereka, "simpan gambar itu sebagai kenangan. Takut tak merasa jadi YB lagi." Ada yang terang sebut "sepenggal saja Maszlee ni".
Aku senyum sinis. Rasa kasihan kepada mereka ini. Fanatisme menjadikan mereka buta dan dungu. Hanya kerana Dr. Maszlee wakil rakyat Keadilan, mereka harap Dr. Maszlee tewas dalam pilihanraya akan datang.
Sebenarnya kalau Dr. Maszlee tewas, yang paling rugi adalah rakyat Malaysia sendiri. Terutamanya golongan pendidik. Belum pernah ada dalam sejarah ahli parlimen yang perjuangannya khusus membeli golongan yang penting ini.
Yang buat aku rasa kelakar, Dr. Maszlee ini mereka harap tewas. Tapi sampah politik macam Tajuddin Rahman, Nazri Aziz dan Ahmad Maslan boleh pula terus menang. Sedangkan nama yang disebut tadi adalah mereka yang tidak mendatangkan hasil buat rakyat dan negara.
Kemudian biarkan institusi pendidikan negara ini terus kucar kacir dikerjakan oleh Radzi Jidin yang tak faham langsung perasaan dan jiwa rakyat. Betapa telah rosak dan punahnya pemikiran rakyat Malaysia hasil racun yang disuap koruptor.
Sekarang ini tugas utama bukanlah menewaskan ahli politik korup. Tapi memperbetulkan tetapan minda rakyat yang tercemar dek permainan sentimen oleh mereka yang tamakkan kuasa dan ghanimah politik.
Selagi masih ada penyokong yang tidak berfikiran waras seperti dalam komen Dr. Maszlee itu tadi, selagi itu para koruptor akan terus mendapat tempat dalam sistem pentadbiran negara. Dan selagi itu negara kita takkan makmur.
Raja Gelap
.
No comments:
Post a Comment