Monday, December 20, 2021

USUL BERKENAAN BANJIR DI TOLAK OLEH PARLIMEN PAGI TADI.. KENAPA?


 MENGAPA PARLIMEN TIDAK MAHU BINCANG ISU BANJIR??

Pagi ni 20 Disember 2021, pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi sidang kali ini, Speaker Dewan menolak permintaan daripada blok pembangkang dan juga penyokong kerajaan untuk membincangkan usul berkenaan banjir.

Ia dimulakan oleh YB Bagan, Lim Guan Eng apabila beliau berdiri memohon izin drpd Tuan Speaker untuk membincangkan isu banjir.




Hujah beliau, walaupun ini isu tergempar dan baru diusulkan pagi ini, namun ia punyai kepentingan yang tersendiri.


Bagan ingin mengetahui langkah kerajaan untuk membantu mangsa banjir dan kenapa bantuan lambat sampai.


Kemudian bangun YB Pontian iaitu Ahmad Maslan.


Pontian bertanya kerajaan tentang langkah yang telah diumumkan kerajaan mengenai bantuan.


Bantuan dah diumum semasa sidang media PM,namun berapa ramai jumlah penduduk atau rakyat yang akan dapat bantuan ini ?


Yang paling penting, bila bantuan nak diberi?


Selepas itu bangun pula YB Kota Raja iaitu Mat Sabu.

Mat sabu berhujah, tentang masalah bantuan lambat tiba.



Mana bot? Mana askar? Mana polis? Mana Bomba? Mana APMM? 


Penjawat awam dan unit beruniform kita semuanya cekap dan penuh pengalaman namun mereka sukar dan lambat bekerja kerana lambat menerima arahan drpd atas.


Apa masalah menteri sehingga begitu lambat memberikan arahan sehingga teruk dimaki unit beruniform kita. Sehingga begitu lama mangsa terperangkap dalam banjir.


Itu hujah Mat Sabu. 


Namun, Speaker tetap menolak perbincangan mengenai banjir ini di atas alasan teknikal. Iaitu ia bukan dalam aturan mesyuarat.


Semua soalan tersebut dan banyak lagi persoalan kekal menjadi persoalan tanpa jawapan. 


Dewan itu dinamakan Dewan Rakyat.


Wakil yang dilantik melalui pilihanraya itu dinamakan Wakil Rakyat.


Speaker pula dilantik oleh kerajaan atau blok majoriti di Dewan Rakyat. 


Isu mendesak tentang rakyat yang di usul oleh wakil rakyat ditolak oleh Speaker yang dilantik kerajaan atau blok majoriti atas alasan teknikal.


Di mana lagi nak ditanya tentang rakyat?


Dewan Facebook? Dewan Twitter?


Isu banjir ini isu rentas warna politik.


Bukan juga tentang Ismail, Najib, Mahathir atau Anwar. 


Ia isu tentang nyawa rakyat. Harta rakyat.


Jika isu sebegini ditolak, untuk apa kita melantik wakil rakyat yang bersidang di Dewan Rakyat tentang masalah rakyat??


Selepas ditamatkan sidang, kelihatan DS Anwar, Mat Sabu dan Lim Guan Eng bergegas untuk bersemuka dengan Ismail Sabri.


Ya Rabb, bantulah negara kami ini.


SUZAIME ZAKARIA

20 Disember 2021

No comments:

Post a Comment