Friday, April 30, 2021

KELAKU JIJIK DENGAN SERANG PERIBADI BUKANNYA ISU SAMAN YANG TINGGI DIKENAKAN!


 Tadi aku ditunjukkan gambar brader burger makan mewah. Sebab aku baru bangun tidur masa tu, tak berapa nak clear apa yang dimakannya. Tapi katanya bil mencecah RM900.


Aku rasa perangai huduh ini sudah mula menjadi resam orang kita pula - korek ruang peribadi orang. Mula dengan pensyarah berhati hitam, nampaknya sudah jadi SOP Walaun sekarang.


Jijik sungguhlah perangai mereka ini. Apa nak diungkit sama ada peniaga burger itu buat untung besar atau tidak, makan mewah atau tidak, soalnya sekarang adakah saman itu patut atau tidak?


Kita bukan bela penjual burger itu sahaja. Kita bela beribu orang lain yang mungkin sudah dan mungkin bakal dikenakan saman yang sama kalau kita tidak bisingkan dan buat tak tahu.