Thursday, May 20, 2021

AYUH SELANGOR, BIARKAN MEREKA NAK MANIPULASI DAN SPIN APA YANG DIKATAKAN.. BUKTIKAN ANDA MAMPU LAWAN COVID19




 SELANGOR WAJAR MEMANDU MALAYSIA


Petang tadi 19 Mei 2021, Selangor Task Force COVID- 19 (STFC) mengadakan sidang media yang menjadi polemik akibat salah lapor dan salah petik dalam pemberitaan.


Ada media melaporkan dengan tajuk menampakkan negatif hinggakan golongan pembaca tajuk dengan laju melebihi lajunya peluru Israel mengebom Palestin telah menyerang Kerajaan Selangor.


Kecoh di media sosial kononnya STFC kata Selangor tak mahu total lockdown seperti yang mahu dicadangkan oleh Menteri Kesihatan. Sedangkan kes harian kekal tertinggi di negeri Selangor.


Apa yang sebenarnya disebutkan oleh STFC selari dengan apa yang disebut oleh MB Selangor iaitu Selangor akan patuh arahan kerajaan pusat untuk laksana total lockdown di Selangor.


Selangor perlu patuh arahan Kerajaan Pusat selari dengan Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau disebut Akta 342. Ini kerana Akta 342 adalah di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua negeri dalam Malaysia adalah tertakluk di bawahnya. Tambahan pula sekarang seluruh negara dalam keadaan DARURAT.