Monday, August 23, 2021

Apakah PH sudah gagal bilamana gagal ambil alih kuasa dari PN!

 


Empat Ketua Pemuda Amanah KL kata PH tidak dapat menambah 5 sokongan lagi untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu kegagalan.



Itu pandangan mereka. Tapi pada pandangan aku, ianya bukan satu kegagalan tetapi sebaliknya satu kejayaan untuk PH menunjukkan yang PH bukan dari jenis yang rela gadai prinsip.

Pemimpin utama parti dalam PH sila jaga anak buah masing masing


 Aku bukan jenis suka serang parti komponen PH. Tapi hari ini aku sangat terbakar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda Amanah Bukit Bintang. Lebih terbakar bila pemimpin Amanah tak ada seorang pun yang berani menegur.

Ya, kenyataan baru keluar. Tapi sebelum ini pun banyak kenyataan dah terhambur. Pernah pemimpin Amanah betulkan? Mana ada! Sebab itu hari ini aku langgar larangan yang aku buat kepada diri sendiri sebab aku sudah terlalu marah.

Sebenarnya langkah PH ke dalam PRU15 tidaklah sesusah mana. Perlu diingat 13 daripada kerusi PPBM dimenangi atas tiket PH dengan lambang Keadilan. Itu tidak termasuk lebih kurang 10 kerusi yang dibawa lari oleh geng semburit.