Monday, October 4, 2021

BUKAN TUJUAN NAK MENGATA KAT PAS... TETAPI.... NAK AJAK BERFIKIR..!


 BUKAN TUJUAN NAK MENGATA.....TETAPI....
NAK AJAK BERFIKIR

Hari ni, saya nak senaraikan 18 isu yang diapi-apikan oleh PAS untuk menyerang pentadbiran kerajaan PH dan sebahagiannya semasa era BN memerintah dahulu.

Angka 18 adalah bersempena sejumlah 18 Ahli Parlimen parti itu dan setelah lebih 18 bulan PAS menjadi sebahagian anggota pentadbiran kerajaan persekutuan. Namun tiada satu pun isu yang mereka api-apikan itu berjaya ditangani malah menjadi 'pencacai' pula kepada kerajaan yang gagal realisasikan perjuangan mereka!

1. Isu judi. 

Konon semasa era PH dahulu mereka desak kerajaan supaya menghapuskan segala macam bentuk judi. Samada berlesen mahupun tidak. Konon mahu kaitkan PH dengan taukeh-taukeh judi. 

Sebaliknya apa yang berlaku? Ketika era PH ( Ada DAPbersama ).. cabutan judi dikurangkan dari 22 kali kepada 8 kali sahaja setahun. 

Di zaman PAS bersama MCA ( 2 KERUSI ) menjadi sebahagian kerajaan? Dinaikkan kembali jumlah cabutan judi kepada 22 kali setahun. Siapa yang 'bela' atau 'dibela' taukeh judi sebenarnya ni?