Sunday, October 24, 2021

ULAMAK PAS KATA DAP LEBIH HARAM DARI ARAK.. JADI HARAMKANLAH PENUBUHAN DAP..!


 DAP LEBIH HARAM

Kata seorang alamak dari parti penunggang agama, arak itu haram tetapi DAP lebih haram dari arak.

Haram DAP itu tak tahulah haram tahap apa, dosa besar ka atau setakat haram di mulut.

Arak semua tahu hukumnya haram dalam Islam malah merupakan salah satu kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud.

Ada pun haramnya DAP yang dilabel oleh penunggang agama tersebut merupakan haram berbentuk jenayah atau bagaimana tidaklah diketahui.

Sekarang lebai penunggang agama adalah anggota Kerajaan, jika benarlah DAP lebih haram berbanding arak, eloklah dibatalkan pendaftaran DAP. Kuasa ada pada kamu.

Dah la judi tak selesai, arak diiktiraf hanya untuk bukan Islam jadi tidak boleh diharamkan, DAP pula lebih haram perlulah diambil tindakan.

Sila la. Nak tengok berani ke tidak. Kalau setakat nak tulis, nak sembang, burung kakaktua pun reti.


Zulhazmi Shariff