Monday, February 28, 2022

MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK


 MENJAWAB FITNAH PAS ISU PENJAGAAN ANAK 

1. Saya ada terbaca kenyataan PAS Kawasan Permatang Pauh yang disiarkan oleh lidah rasmi PAS Harakah bertajuk “YB Pmtg Pasir buktikan diri boneka DAP” di pautan..

 https://harakahdaily.net/index.php/2022/02/24/yb-pmtg-pasir-buktikan-diri-boneka-dap/ 

berhubungg kenyataan saya berkaitan isu kontroversi penjagaan anak melibatkan Pn Loh Siew Hong. Saya menegaskan bahawa kenyataan oleh PAS tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.

2. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kenyataan saya pada 16 Februari lalu adalah bagi memberikan pandangan undang-undang hari ini bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun memerlukan kebenaran kedua-dua pihak iaitu ibu dan bapa. Oleh itu, penukaran satu pihak oleh ibu atau bapa (unilateral conversion) tidak dibenarkan dan boleh dibatalkan oleh mahkamah. Di mana salahnya kenyataan tersebut? 

Saturday, February 19, 2022

Cerita Seram - BN PN buat undang-undang negara macam bapak mereka yang punya..!


 Cerita seram di hari minggu
JIKA TIDAK WARAS JGN BACA

Saya tak tahu la cerita ini benar2 seram atau kelakar seram. Tapi memang tak boleh tidur malam punya cerita sb di Uganda pun tak berlaku macam ini.

Kes 1: Muhyiddin kata sewaktu beliau menjadi PM, Zahid telah bertemu dgnnya membawa fail bertimbun timbun. Rupanya fail mahkamah Zahid. Zahid minta tolong dkt Muhyiddin sb katanya dia tak bersalah….

😂😂😂 Kalau tak bersalah kau berjawablah dgn Hakim bukannya dgn PM. Ini kes mahkamah bukan kes jawatan Menteri… tapi itulah tanahair ku.

Kes 2: Dibalas oleh Mohd Razlan dari UMNO, sewaktu Muhyiddin dilucutkan jawatan sebagai TPM, Muhyiddin menangis menghubungi Zahid agar dirinya tidak ditangkap kerana pecah amanah. 

😂😂😂 Pemimpin2 ini buat undang2 negara ini macam negara ini bapa mereka punya. Boleh berunding sesama mereka. Seram beb…

Sunday, February 13, 2022

Skema Jawapan Untuk Golongan Dalam PH Yang Mahu Salahkan Anwar..!


 PRN Johor nanti...

Kalau PH enggan kerjasama dengan Muda dan PH tewas, DS Anwar akan dipersalahkan kerana tak mahu terima Muda.

Kalau PH kerjasama dengan Muda dan PH kalah, DS Anwar akan dipersalahkan juga kerana kerja sama dengan pengkhianat.

Kalau PH kerjasama dengan Muda dan menang, Muda akan dipuji sebagai faktor kemenangan PH. DS Anwar orang tak sebut.

PRN JOHOR - BN PN BERCERAI, PH BERGADUH PKR KEKIRI DAP AMANAH KEKANAN!


PRN JOHOR.. APA SUDAH JADI DENGAN BN DAN PN.. KENAPA DUN DIBUBARKAN.. BN MAHU APA SEBENARNYA... MANAKALA PH PULA KENAPA BERPECAH.. PKR KEKIRI AMANAH DAP KEKANAN.. DAN KENAPA BERSAMA MUDA..

DENGARKANLAH PENJELASAN SAHABAT KITA INI...
 

Friday, February 11, 2022

AKHIRNYA FORMULA MINYAK RAFIZI BERJAYA BAGI KENIKMATAN PADA RAKYAT SEKARANG INI..


 Harga minyak mentah setong sekarang paling tinggi sejak 2017 - dah cecah USD93 setong.

Tapi harga petrol RON95 kekal RM2.05.

Zaman Najib Razak Mac 2017, bila minyak mentah sekitar USD50+ setong, harga petrol RON95 dah RM2.30 seliter dan dinaikkan tiap-tiap minggu.

Minyak dunia sekarang sebenarnya dah naik ~2x ganda dari 2017, tapi RON95 lebih murah dari harga RON95 masa minyak mentah murah zaman Najib dulu.

Sebabnya kita lawan untuk kembalikan formula subsidi yang Najib hapuskan dan ahli politik selepas 2018 tahu rakyat akan hukum ahli politik sekiranya terlalu megah hapus subsidi untuk rakyat biasa demi projek mewah mereka.

MUHYIDDIN TANYA NAJIB SIAPA PENGKHIANAT?


 SIAPA PENGKHIANAT?
 
1. Ada pemimpin UMNO menghasut orang Melayu supaya percaya saya pengkhianat.
 
2. Kononnya sayalah yang menyebabkan kerugian kepada orang Melayu apabila menubuhkan Bersatu dan bekerjasama dengan PKR dan DAP menjatuhkan UMNO.
 
3. Mereka cuba menutup hakikat sebenar bahawa UMNO dikhianati oleh bekas Presiden UMNO sendiri, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau membiarkan skandal 1MDB menjadi terlalu besar dan buruk sehingga majoriti rakyat membenci UMNO.
 
4. Beliau memecat saya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2015 hanya kerana menyarankan agar isu 1MDB disiasat secara telus. Saya sarankan demikian supaya ia tidak menimbulkan sebarang tanggapan buruk kepada kerajaan dan parti pada ketika itu.
 
5. Malangnya saranan saya dijawab dengan pemecatan dari kerajaan dan UMNO. Ingat, saya dipecat bukan kerana skandal rasuah mahupun salah laku moral.
 
6. Saya dipecat kerana meminta diadakan siasatan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam kehilangan RM42 bilion wang 1MDB dibawa ke muka pengadilan.
 

Thursday, February 10, 2022

LHDN cari saya, saya cari LHDN. ..!


 LHDN cari saya, saya cari LHDN. 

20/10/2021 = Tarikh surat penalti LHDN kepada saya 3 tahun (2017-2019)
03/11/2021 = Surat sampai ke rumah..Call banyak kali ke LHDN nak bincang, tak pernah dapat.
11/11/2021 = Walk - In ke pejabat LHDN nak jumpa PIC taksiran. Org kaunter kata PIC cuti (masa cuti tersepit DEEPAVALI). Tanya beberapa soalan, cara nak buat rayuan dan perlu bayar tak skrg? Org kaunter bg no phone+ emel PIC, kata tak perlu byr dlu.
16/11/2021 = Hantar surat (emel) ke PIC. Call masih tak dapat.
17/11/2021 = Call PIC. ok harini dia jawab phone, dan minta dia reply emel balik sahkan dah terima.
24/11/2021 = Saya emel followup tanya status.
1/12/2021 = PIC baru nak reply. Masih dalam semakan katanya.
12/12/2021 = Call PIC followup, katanya masih semakan.

Wednesday, February 9, 2022

SENARAI BINATANG YANG TELAH DISEBUT OLEH HADI AWANG..!


Nampaknya ada yang rajin senaraikan nama2 binatang yang telah disebut oleh HADI AWANG kepada lawan politik nya..

Anda lihat dan bacalah sendiri...




 

BOOSTER DOS KE 3.. PERLU ATAU TIDAK?


 Kesimpulan dia Booster dos ke 3 nie dia terletak pada badan masing2.. ada yg ok ada yg ko... jadi pesanan kami anda nilaikan dulu tubuh badan anda macamana dan silalah buat keputusan nya..

Tuesday, February 8, 2022

PILIHANRAYA NEGERI KEDAH SESUDAH PILIHANRAYA NEGERI JOHOR?


1. Desas desus laporan media sebelum ini melaporkan bahawa ‘Kem UMNO’ yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid sedang merancang sekurang - kurangnya tiga lagi Pilihan Raya Negeri. 

2. Segalanya bermula seusai Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN). Kemudian di ikuti dengan Negeri Johor. Ketika ini belum lagi berlaku tarikh pernamaan calon oleh SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) di PRN Johor. Khabar angin telah bertiup kencang akan berlaku pula di negeri Kedah.

3. Manakala pihak Menteri Besar Kedah dari PAS pula mengeluarkan kenyataan tidak akan berlaku Pilihanraya Negeri. Ini hanyalah khabar angin. Turut menafikan kenyataan tersebut ialah ADUN dari BN. Mereka segera bingkas untuk turut sama mempertikaikan kesahihan maklumat itu.

4. Kemudian munculnya berita telah wujud 5 orang ADUN bersiap sedia untuk memberikan laluan kepada PRN Kedah semakin bertiup kencang.

Bank GLC Bagi Hutang Tanpa Jaminan


A Kadir Jasin

1. Boleh jadi ramai tidak tahu kebankrapan Genting Hong Kong Limited akan memberi kesan kepada berjuta-juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Khazanah Nasional Berhad.

2. Malah mungkin ada yang tidak tahu bahawa konglomerat Genting ini diasaskan sebagai syarikat perjudian kasino pertama dan tunggal di Malaysia pada 1965 oleh dua orang sahabat iaitu Lim Goh Tong dan Mohamed Noah Omar. Kedua-duanya sudah meninggal dunia dengan gelaran Tan Sri.

3. Mereka mendapat tanah di atas Banjaran Titiwangsa seluas 6,000 hektar daripada kerajaan Pahang dan Selangor serta lesen kasino daripada kerajaan Persekutuan pada zaman pemerintahan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

4. Bagaimanakah kebankrapan Genting Hong Kong memberi kesan kepada pencarum KWSP, pemegang saham amanah ASB dan Khazanah? Jawapannya adalah bank-bank yang memberi duit simpanan dan pelaburan mereka digunakan bagi memberi hutang tanpa cagaran kepada syarikat tersebut adalah milik tiga GLIC ini. 

Monday, February 7, 2022

ISU AYAM : KERAJAAN GAGAL ATAU AYAM GAGAL ATAU ATAU RAKYAT YG GAGAL!


 ADA KEMUNGKINAN.... SBB TU HARGA AYAM NAIK... 

Feb 1: Manipulasi Harga Ayam : Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya.

taukeh AP letak harga ayam RM8366 /tan

pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 /tan

Taukeh AP buat untung (8366-5435) =RM2931 setiap tan

32 syarikat dapat AP impot ayam

Mydin Hypermart kecewa tidak dapat AP

Tesco pun tak dapat AP

Jika Mydin/Tesco dapat impot harga ayam turun

taukeh AP/orang tengah letak harga tinggi.

Jab Veterinar keluarkan AP

Jab Veterinar / JAKIM letak syarat lain pula

tiada jawapan daripada Jab Veterinar

JAKIM tidak minat jawab

Fakta PAS dan PPBM di sebalik 'Kerajaan 22 bulan yang gagal'


1. PPBM adalah sebahagian utama dari 'kerajaan gagal 22 bulan'.

2. PM ketika itu ialah dari PPBM.

3. Kegagalan tunai manifesto berkenaan 'hapus tol' adalah keputusan PM dari PPBM.

4. Ungkapan 'manifesto bukan kitab suci' adalah ungkapan dari Pengerusi PPBM.

5. Kegagalan tunai janji mengenai PTPTN berpunca dari Pengerusi PTPTN adalah dari PPBM.

6. Yang melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah Pengerusi PPBM.

7. Pembunuhan Adib berlaku di zaman Presiden PPBM menjadi Menteri KDN.

8. ICERD juga diusahakan oleh Menteri Luar dari PPBM.

Wednesday, February 2, 2022

APAKAH DASAR AGAMA DAN POLITIK DIOLAH UNTUK KEPENTINGAN PARTI?


 Ini yang dikatakan hukum hakam duniawi yang mana sanggup dijual suruhan Allah demi kuasa..

Dahulu bukan main lantang menegur mana2 parti yg jelas menolak perlaksanaan hukum Allah.. seperti MCA GERAKAN MIC DAP...

Tapi semua itu hanya retorik sahaja.. ianya halal dan haram ditentukan oleh kehendak hati dan kepentingan sendiri sahaja...

Dengan DAP ditolak sbb menentang hudud namun dengan GERAKAN MIC MCA demi kuasa semua itu sudah hilang...
Lihatlah apa yg mereka sudah lakukan.. pada mereka jika nak bersama GERAKAN tak ada masalah boleh dan tak ada bantahan atau krik krik krik..

Jadi persoalan mulalah timbul dan netizen pun mulalah persoal apa perjuangan yg telah dibawa..




dan lihatlah apa yg dipersoalkan pula..



NUKILAN
ABANG M@RHAEN
HIJAU KUNING 💚💛







Tuesday, February 1, 2022

KISAH ULAR DAN ITIK SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA PAS.


 31 Januari 2022

1. Di Malaysia, terdapat ramai guru agama yang mempunyai ilmu dan pandai mengajar tetapi bukan ramai yang mempunyai kebijaksanaan serta keikhlasan seperti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

2. Ramai termasuk saya sendiri pernah hadir kuliah subuh Almarhum di Masjid Pulau Melaka untuk menimba ilmu secara dekat dari Tuan Guru.

3. Kebijaksanaan almarhum Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi menyerlah melalui pesanan "jangan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali" apabila Presiden PAS hari ini bercerita tentang "itik patah kaki yang terbang meningalkan kawan setelah pulih di rawat" yang merujuk persahabatan PAS dan UMNO kebelakangan ini. 

4. PAS merasa kecewa dan seolah diperdaya oleh UMNO yang setelah pulih semula , bertindak meninggalkan PAS yang telah membantunya waktu jatuh dahulu.