Thursday, March 3, 2022

Najib ini penjenayah. Sudahlah mencuri, menipu pula.!


 SUDAH MENCURI, MENIPU PULA

Najib Razak telah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes seleweng RM42 juta wang SRC International dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM120 juta. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diakui dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Setakat ini, Najib Razak sah seorang penjenayah walau pun masih boleh berlegar merayau ke sana ke sini hingga berbahas di Dewan Rakyat tanpa malu.

Sudah la Najib diputuskan bersalah mencuri duit SRC International, sanggup pula dia menipu di Dewan Rakyat berkaitan 1MDB yang dia jadikan lubuk curi duit.

Kata Najib, Kerajaan tidak bayar sesen pun hutang 1MDB menggunakan duit rakyat. Najib rasa dan anggap semua rakyat Malaysia bodoh lagi bengap macam melayu Umno dan lebai Pas yang sokong dia. Silap Najib. Tak semua orang bodoh dan boleh ditipu Najib.

Hutang 1MDB adalah benar. Menteri Kewangan sekarang Tengku Zafrul sendiri akui dan sahkan hutang 1MDB yang Najib buat. Dulu lagi Guan Eng sebagai Menteri Kewangan bagitahu 1MDB berhutang yang Kerajaan sebagai penjamin perlu bayar tetapi tak percaya pada cina DAP. Sekarang Menteri Kewangan melayu Islam bernama Tengku Zafrul sendiri turut akui Kerajaan terpaksa tanggung dan bayar hutang 1MDB yang jumlahnya puluhan bilion.

Najib kata Kerajaan tak bayar sesen pun hutang 1MDB. Ya betul. Sekarang Kerajaan belum bayar hutang 1MDB tetapi Kerajaan bayar interest atau faedah dari hutang. Nilai pokok hutang belum dibayar tetapi setiap tahun interest perlu dibayar.

Kerajaan bayar interest bukan guna duit Najib, bukan duit Zahid, bukan duit Umno tapi duit negara. Duit negara yang diguna untuk bayar interest hutang 1MDB ialah duit semua warga Malaysia.

Contoh mudah kita beli rumah atau kereta melalui pinjaman bank yang ada interest. Setiap bulan yang kita bayar bukan jumlah pinjaman asal tetapi interest sehingga pinjaman itu matang baru kita bayar jumlah pinjaman asal.

Najib ini penjenayah. Sudahlah mencuri, menipu pula.

Sedihnya ada manusia melayu Islam yang masih percaya dan sanjung. Cukup-cukuplah diperbodoh oleh penjenayah.

Zukhazmi Shariff


1 comment:

  1. PRN Johor | Dato Seri Najib Tun Razak Masih Popular & Berpengaruh | Malu Apa Bossku !! >>> KLIK SINI !! <<<

    ReplyDelete