Wednesday, April 6, 2022

LIGA SUPER : TEAM ANWAR vs TEAM NAJIB


 Oleh Iswardy Morni

Saya ni nak bagi analogi kompleks nanti ramai tak faham. Maka saya bawa kisah pemiihan dalam PKR ni seperti satu pasukan bola.

Saya bayangkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai penjaga gawang (goalkeeper) yang memastikan musuh tidak score dan menyekat pemain sendiri score goal sendiri. Beliau berjaya melakukan perkara itu selama tempoh ini.

Anwar Ibrahim saya bayangkan sebagai striker yang menendang masuk bola ke pintu gawang musuh.

Pasukan ini kukuh sebelum ini. Namun, kini sudah mula malap setelah banyak ahli pasukan lari setelah dapat offer lebih tinggi dari kelab kelab lain.

Dari sini kita kena sedar. Tidak kira betapa hebatnya striker, winger atau defender, "jantung" kepada satu pasukan bola sepak hebat yang menghubungkan semua posisi ini ialah seorang MIDFIELDER. Seorang midfielder yang HEBAT akan berperanan mengucar kacir pihak lawan dan juga dapat menyusun strategi hantaran untuk disudahi oleh striker sama ada secara direct atau melalui winger.

Setelah midfielder sebelum ini yang mengucar kacirkan pasukan dia sendiri cabut lari ke pasukan sebelah( Azmin Ali la tu) kekosongan itu terasa. 2 tahun midfielder demi midfielder yang diletakkan, ada yang tak tahu fungsi seorang midfielder, ada yang pancit tak cukup stamina, ada yang confuse sebab ingatkan dia midfielder, tapi rupanya sekadar fullback atau goalkeeper. Maka pasukan lawan berjaya score mudah dan striker jadi semakin di pandang rendah dan diperlecehkan. Motivasi rendah dan harapan untuk menang malap. Malah 4 perlawanan sebelum ini, kena kitai teruk. Ada sampai 14-0. Satu nafas baru di perlukan. Dan di perlukan segera!

Maka muncullah Rafizi Ramli. Dalam tempoh kurang sebulan ini, kita saksikan dia faham peranan dia sebagai midfielder. Musuh mula kucar kacir dan nampak goyang. Namanya disebut seantareo negara memain peranan bukan sekadar mendepani musuh, tetapi menjadi gandingan bahu mantap Striker. 

Apabila ditanya Wartawan kenapa dia tak pilih jadi ganti striker sahaja, dia mudah menjawab. Dia tahu fokusnya dan faham peranan dia sebagai seorang midfielder dan dia tahu bahawa striker sekarang masih lagi releven. Dia cuma perlu menjadi nilai tambah kepada striker yang ada.

Ada juga suara sumbang kata, goalkeeper seorang yang tak guna. Kita jangan fikir mcm tu. Itu tidak adil. Goalkeeper kalau tak ada mati jugak midfielder. Dia bukan boleh main semua posisi. Tetapi, menganggap goalkeeper boleh jadi midfielder jugak tidak boleh sebab terbukti memang posisinya tidak boleh jadi midfielder selama tempoh ini.

Sekarang, bola sudah dihantar oleh midfielder betul betul di tepi kotak penalti pasukan lawan, defender lawan pun dah 2 orang dilepasi. Tinggal one on one dengan goalkeeper. Tunggu apa Kesudahan perlawanan ini. Berjayakah jaringan pertama dilakukan! Mari sama sama tunggu... 

#Rafizi4timbalan
#ltl

No comments:

Post a Comment