Pasukan Hoki negara masuk final Piala Asia, Naib Juara Asia, layak ke Piala Dunia 2023, ranking no 10 dunia, mana imbuhan? Main di Jakarta je pun tak ada wakil KBS datang pump semangat. Mereka pulang pun tak disambut. Mereka ada yang kerja technician, kerani dan paling tinggi Inspektor Polis. Ada yang masih student. Mudahnya, majoriti mereka B40.
Pasukan terjun negara yang rata-rata athlet muda remaja sapu bersih semua 8 pingat emas di Sukan SEA tak ada imbuhan, tak disambut? Kimberly Bong 20 tahun - emas, Ong Ker Ying, 20 tahun - emas, Nur Dhabitah, 22 tahun - 2 emas, Gabriel Gilbert Daim, 20 tahun - emas, Bertrand Rhodick ak Lises, 18 tahun - emas. Separuh mereka anak kampung di Sarawak dan student. Category B Berapa pulak ni?
Tiba2 team bolasepak yang jadi pasukan yang ke 23 dari 24 team layak ke Piala Asia diberi layanan istimewa, dipertimbangkan imbuhan? Sedangkan mereka semua bergaji puluhan ribu, berkereta mewah, celebrate di night club dan golongan T20.
Di Piala Asia nanti, Malaysia dalam Pot 4, Pot terakhir. 3 lagi Pot (18 negara) semuanya pasukan ranking top 100 FIFA. Malaysia ada 10 bulan lagi untuk improvekan ranking supaya dapat pindah ke Pot 3 atau berada dalam top 100 FIFA. Untuk capai tu, Malaysia perlu kalahkan team top 100 dalam International Friendlies. Tapi tak semua team top 100 sudi nak lawan dengan team ranking bawahan (Malaysia 154 setakat ni). Mereka pun nak improve ranking mereka. Menang dengan team ranking bawah ni bawak sikit je points. Kecuali bagi mereka duit utg datang ke KL.
KBS perlu kaji semula kalau nak bagi imbuhan, mana priority. Jika pun nak bagi imbuhan kepada team bola, bukan kepada pemain tapi kepada pasukan. Beri imbuhan kepada team U17 yang rata2 pelajar sekolah yang sedang bersiap untuk layak ke Piala Dunia U17 FIFA. Mereka ni prospek ke Piala Dunia FIFA 2030, itupun kalau serius nak ke World Cup la.
No comments:
Post a Comment