DARI RAFIZI RAMLI
#SayaPutarJib
DIA YANG HAPUS SUBSIDI, DIA YANG NAK JADI JUARA SUBSIDI
Malaysia memang negara yang berbakat. Hampir semua bakat yang rakyat kita ada menambah seri kepada negara kita.
Tapi ada satu bakat yang buat kita tidak kering gusi. Bakat unik ini lebih lucu dari bakat pelawak agung. Bakat ini selalunya ada di kalangan pak dan mak menteri. Dari semua pak dan mak menteri yang ada, yang paling berbakat ialah Najib Razak, bekas Perdana Menteri.
Bakat unik ini ialah bakat belit dan putar sehingga terbelit diri sendiri.
Baru-baru ini, Najib menulis untuk membentangkan formula beliau kononnya untuk menyelamatkan rakyat dari inflasi. Formula itu boleh dibaca di sini https://www.malaysiakini.com/news/623297
Antara lain, Najib berhujah:
1) Mencukai PETRONAS dan syarikat-syarikat perladangan (contohnya Felda dan FGV) supaya dana lebih kerajaan dapat diagihkan kepada rakyat
2) Program penanaman makanan berskala besar dimulakan
3) Subsidi bahan makanan ditingkatkan
Sekilas pandang, jika ada yang tidak prihatin dengan fakta dan sejarah, boleh juga terbelit dengan putaran Najib.
Cadangan-cadangan itu masuk akal, malah telah disuarakan jauh lebih awal sebelum krisis kenaikan kos sara hidup meruncing seperti sekarang. Dasar-dasar yang bertujuan menggunakan dana awam secekapnya untuk membina jaringan keselamatan sosial kepada rakyat ini telah lama dibawa oleh KEADILAN.
Ucapan-ucapan saya di Dewan Rakyat semasa saya Ahli Parlimen dahulu hampir semuanya berkisar mengenai subsidi untuk rakyat dan mempertahankan PETRONAS demi rakyat.
Putar belit Najib ini mungkin ditelan hidup-hidup oleh pengikutnya tetapi majoriti rakyat masih ingat kebencian Najib terhadap subsidi.
Sebaik menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, antara dasar pertama yang dilaksanakan ialah memotong subsidi dengan sasaran menghapuskan terus subsidi.
Oleh kerana ini zaman internet, semua putar belit Najib boleh sahaja dibongkar dengan bantuan Pak Cik Google. Untuk adik-adik yang masih di sekolah semasa Najib mula-mula jadi Perdana Menteri, berikut ialah bukti-bukti bencinya Najib kepada subsidi untuk rakyat:
22 Oktober 2009:
Malaysia akan potong subsidi minyak, potong perbelanjaan untuk kurangkan defisit
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-may-revamp-fuel-subsidy-cut-spending-trim-deficit
2 September 2013:
Malaysia potong subsidi minyak untuk biayai perbelanjaan
https://finance.yahoo.com/news/malaysia-cuts-fuel-subsidies-fund-112911241.html
31 Disember 2013:
Najib potong subsidi untuk kurangkan defisit
https://www.ft.com/content/e6f8458e-7204-11e3-bff7-00144feabdc0
4 Oktober 2014:
Potongan subsidi satu keperluan: Najib
https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/10/04/najib-subsidy-cut-necessary-move-was-for-economic-wellbeing-of-country-says-pm
Sebab itu, tugas saya di Dewan Rakyat dahulu ialah bergaduh dengan Najib demi mengekalkan bantuan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.
Pada 31 Mac 2017, saya membidas Najib kerana ada tanda-tanda kerajaan BN ketika itu mengekalkan harga minyak lebih tinggi dari harga yang sepatutnya dan secara tidak langsung mengutip cukai dari rakyat (baca: https://themalaysianreserve.com/2017/03/31/najib-urged-to-break-silence-over-fuel-subsidy/amp/ )
Malah, setelah kalah dalam PRU14, Najib mula cuba untuk putar belit memberi alasan kenapa dia memansuhkan subsidi.
1 Ogos 2018:
Pemansuhan subsidi minyak untuk membantu rakyat: Najib
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/08/396915/removing-fuel-subsidy-helps-poor-says-najib
Semakin kita menghampiri PRU15, semakin banyaklah putar belit dari Najib. Dia lupa kita simpan setiap satu rekodnya sebelum ini.
Dia ingat mudah untuk membentangkan formula-formula untuk rakyat sedangkan rekodnya yang menyusahkan rakyat sudah disimpan di mana-mana.
Dia mahu mencukai PETRONAS dengan lebih tinggi untuk rakyat, padahal dia mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling banyak mengambil duit PETRONAS sepanjang tempoh berkuasa.
Dia mahu mengusahakan pertanian dan penanaman makanan, padahal dia juga yang terus membuang dasar Tun Abdullah Badawi yang mahu memberi tumpuan kepada makanan. Najib gemarkan projek besar, tidak suka projek pertanian.
Dia mahu syarikat perladangan dicukai lebih, padahal dia juga yang menggadai Felda dan FGV sehingga hampir muflis.
Dia mahu menambah subsidi kepada rakyat.
Tak payahlah saya ber-padahal lagi, sebab rakyat tahu ini semua putar belit Najib.
Kalau Najib masuk Roda Impian, dialah yang paling kuat menjerit “wang besar, wang besar” sambil memekik #SayaPutarJib
No comments:
Post a Comment