Siapa harus UMNO pilih? PH atau PN?
Sebenarnya UMNO adalah satu-satunya parti yang boleh mencabar PAS di Pantai Timur. PH takkan dapat mendominasi negeri-negeri di sana mungkin buat selamanya kerana sentimen yang berbeza.
Dahulunya aku melihat Amanah sebagai alternatif buat PAS. Tapi mutakhir ini Amanah kelihatannya cuma mampu untuk menguasai kawasan separa urban. Bukan kawasan kampung dan pedalaman.
Kehadiran UMNO dalam PH juga dilihat bakal dapat mengimbangi apa yang disebut 'penguasaan DAP'. PH takkan dapat matikan sentimen ini melainkan ada parti ultra Melayu dalam PH. Kehadiran UMNO boleh meyakinkan rakyat yang DAP tidak kuasai PH.
Masalah dengan UMNO ini, sudah terlalu sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa. Rakyat susah nak percaya yang UMNO telus. Pemimpin UMNO sebut integriti memang kedengaran kelakar.
Sebenarnya, apa yang kurang dalam UMNO adalah pemimpin yang berintegriti. Jikalau UMNO boleh reform dan bersihkan barisan kepimpinannya, mungkin UMNO boleh diterima oleh rakyat semula.
Tapi itu sukar terjadi dengan kewujudan PPBM. Parti ini telah mengisi ruang yang ditinggalkan oleh UMNO. Dan seperti barah, ia semakin membesar dengan begitu pantas dan membunuh UMNO.
Mungkin belum sempat UMNO buat pembaharuan, parti ini telah ditelan oleh PPBM. Apa lagi PPBM lebih aktif memainkan sentimen perkauman dan ekstremisme agama berbanding UMNO sendiri.
Pilihan UMNO untuk kekal relevan hanyalah dengan bersama PH. Dalam PH, ada ramai pemimpin yang berkaliber. Hanya permainan sentimen Melayu dan agama yang mengekang peluang mereka untuk yakinkan rakyat dan tunjukkan kebolehan mereka.
Bersama PH, UMNO boleh cipta persepsi baharu yang melarikan mereka dari pandangan yang UMNO adalah parti rasuah. Asalkan saja bukan UMNO yang mengetuai PH. Kalau UMNO yang ketuai PH, maka imej PH pula yang rosak.
Jika ini berlaku, maka ini akan menjadi saru koalisi paling utuh pernah terbentuk. PH akan mampu kuasai seluruh semenanjung dan Sabah. Dan kalau dapat pikat GPS, maka ianya jadi lebih sempurna.
Berbanding jika UMNO bersama PPBM, parti itu akan sedikit demi sedikit memakan UMNO. Macam barah. Sedikit demi sedikit PPBM UMNO akan kehilangan ahli dan pemimpin kepada PPBM.
Hingga akhirnya UMNO akan dapati mereka hanya tinggal ranting reput dan menanti masa untuk jatuh. Jangan lupa Mahiaddin dan Mahathir pernah cuba untuk haramkan UMNO. Mujur DS Anwar halang.
Satu lagi, UMNO dan PH punyai satu persamaan. Kedua-duanya telah dikhianati. Dan ironinya, yang mengkhianati UMNO dan PH adalah pihak yang sama iaitu PPBM dan PAS.
Aku pernah tulis dahulu ketika Mahiaddin jatuh. Aku tiada masalah jika PH bersama UMNO asalkan saja ketuanya adalah DS Anwar. UMNO takkan dapat sakau dengan DS Anwar di puncak pentadbiran.
Untuk pembentukan kerajaan hari ini, aku alukan jika UMNO/BN mahu bersama PH. Terutamanya bila kebanyakan pemimpin UMNO yang terkenal dengan kejahatan mereka telah tiada. Sama ada tidak tercalon ataupun tewas.
Yang tinggal cuma Zahid, Hishamuddin, Isnail sera beberapa muka lain. Dengan Zahid bakal kalah di PAU tahun depan, aku percaya UMNO boleh pulih.
Dan dalam proses pemulihan itu, UMNO perlukan rakan yang jujur seperti PH untuk pastikan UMNO tidak hanyut ditelan masa. Ya, jika UMNO ingin kekal wujud, maka PH adalah pilihannya.
dari fb..
Jika UMNO bersama PN, proses pemulihan itu bakal jadi talkin untuk UMNO. Manusia pengkhianat seperti Mahiaddin dan Hadi takkan beri peluang kepada UMNO untuk ambil nafas baru. Guane boh?
No comments:
Post a Comment