Wednesday, December 14, 2022

Adakah PMX tak ada kerja lain selain dari menyaman pemfitnah?


 Adakah PMX tak ada kerja lain selain dari menyaman pemfitnah?

Inilah masalah dengan rakyat Malaysia, apa yang PMX buat adalah betul berdasarkan lunas undang-undang. 

Dulu zaman Najib or even zaman Mahathir PM4, mereka guna undang-undang jenayah macam akta hasutan, akta SKMM dan ISA untuk senyapkan pengkritik. Tanya Mat Sabu dan LKS sebab mereka berdua pernah di tahan atas ISA. Cuma kalau guna undang-undang drakonian macam ini, akan dapat kritikan yang teruk dari pihak antarabangsa dan akan rendahkah indeks kebebasan bersuara di Malaysia. 

Yang Un duk bising pasal TT lepaskan kes masa PH mula-mula berkuasa itu semuanya berkaitan dengan Akta SKMM dan akta perhimpunan awam dan SOSMA. Kalau ikut hati saya, bagi semua Un yang menghasut bab 13 Mei, hasut komunis di tahan di bawah SOSMA sebab sangat berkaait rapat dengan tujuan SOSMA. 

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act - SOSMA dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait".  

Nanti kalau dah kena tahan di bawah SOSMA, duduk la di dalam tu 28 hari, itupun kalau mampu hire peguam. Biasa kalau walaun level bawahan yang kena, lebai-lebai akan pakat cuci tangan. Time tu ratib la kepimpinan fulamak, tak ada lebai atau lebainita yang akan tolong pro-bono. Kalau ada pun, biasanya peguam-peguam yang di kata "liberal".

Anwar saman sivil bukan dia tak bagi peluang, Yang duk kata PMX kerja duk saman sahaja, hangpa tak tengok ke level fitnah yang lebai dah lemparkan? Dari tuduh tak bermoral sampai kata ambil duit negeri( padahal dalam hansard sudah di nafi), saman sivil adalah jawapannya. Dan sebelum saman, Anwar dah bagi notis tuntutan maaf, bagi peluang sebelum masuk mahkamah tapi mereka semua masih berdegil dan ego.

Kenapa zaman PM sebelum ini jarang ada PM yang saman atas kapasiti sivil, kecuali PM9 saman Lokman dan mungkin selesar luar mahkamah, sebab apa yang pembangkang (PH) kata waktu itu adalah benar. Contoh kes tabung haji dan Rafizi yang mana auditor sahkan mmg berlaku salah lapor keuntungan. PH juga tidak bermain isu peribadi dan isu lendir macam mana walaun selalu buat.

Berbalik pada kebebasan bersuara, ini di jamin dalam artikel 10 perlembagaan negara, tapi tak ada satu pun sub seksyen tersebut tulis kebebasan untuk memfitnah. 

Dalam Islam pun fitnah ini adalah satu dosa yang besar dan siapa yang di dapati memfitnah boleh jatuh pada tahap orang yang fasik. Ingat hidup di dunia ini sementara, kalau di dunia kita bebas memfitnah orang, di akhirat pasti akan dapat balasan yang berlipat ganda.

Yang sembang dok kata PMX tak buat kerja tu, cuba guna akal yang selama ini di luar otak, apa yang PMX capai dalam masa 3 minggu ini lebih dari apa yang korang dapat dalam masa 33 bulan. Akal yang Alllah berikan untuk di guna bukan untuk di pajak. Mulut dan tangan yang Allah pinjamkan adalah untuk berdakwah bukan untuk menfitnah dan sebarkan kebencian. 

MMMS

No comments:

Post a Comment