MASA FITNAH MUJAHID DAN LIM GUAN ENG DALAM KES TABUNG HAJI, MANA MENGHILANGNYA "MAHKAMAH AKHIRAT " PARA USTAZ ?
1- Pagi ini dilaporkan Ketua Pemuda Amanah Kelantan Jeming Hassan menang kes Mahkamah atas seorang Ustaz yang saman beliau atas fitnah kaitkan Mujahid menjual aset Tabung Haji dan terpaksa membayar kos Guaman RM 10K.. Kalau dirujuk dari Mafhum Mukhalafah dari keputusan Mahkamah, Maksudnya Terbukti Mujahid tidak menggadai Aset Tabung Haji..
2- Selain seorang Ustazah dari Terengganu yang mengaji di Rusila sejak kecil tiba tiba membicarakan soal " Mahkamah Akhirat " selepas kes Najib, hat dikata Ustaz ni pun sama.. Tiba tiba saja dalam statusnya, bicara soal Mahkamah Akhirat.. Hebat ! Seolah olah Mahkamah Akhirat itu menjadi urusan depa..
3- Yang Hairannya Ustaz yang sama dulu mengfitnah tanpa henti kononnya Menteri Agama masa itu Mujahid, Kerajaan PH menggadaikan Hak dan aset Tabung Haji.. Lebih teruk fitnah itu dilakukan dalam ruang Masjid tanpa Segan silu dan takut akan hari pembalasan di "Mahkamah" Akhirat..