Sunday, November 20, 2022

SEMOGA ADA PIMPINAN PAS DIANGKAT MEMEGANG JAWATAN TPM..


 
Dalam koalisi yang bakal terbentuk antara PN, BN, GPS dan GRS nanti, PAS merupakan single parti yang memenangi paling banyak kerusi.

Jadi PAS adalah parti paling dominan. Memanglah tak patut PAS minta jawatan PM kerana dah janji yang Mahiaddin yang akan dipilih.

Tapi paling tidak TPM mesti dari PAS. Mungkin kita bakal melihat Hadi jadi TPM Malaysia? Atau Tuan Ibrahim kalau Hadi menolak?

Ini sejarah baru. Bila PAS jadi TPM, aku percaya lebih mudah untuk PAS jalankan agenda Islam. Aku senaraikan perkara-perkara yang aku expect PAS akan buat di bawah ini.

KALAU AKU JADI PRESIDEN UMNO AKU PILIH DS ANWAR SEBAGAI PM..!


 UMNO BAKAL SENASIB GOLKAR DI INDONESIA, KALAU AKU JADI PRESIDEN UMNO AKU PILIH DS ANWAR SEBAGAI PM..

1- Sebelum ini aku ada tulis UMNO akan senasib Golkar di Indone2sia, parti warisan Suharto di sana..Sekarang dia jadi parti paling Kecil.. Apa yang dilakukan Mahiaddin hari ini mengecilkan hegemoni UMNO adalah berawal dari rancangan dan Startegi Tun Mahathir.. Dan akhirnya Mahaiddin Hijack rencana dan Strategi Tun, seperti dia mencuri idea dengan menubuhkan MPN.. 

Bezanya Tun boleh terima PH dan DAP,,dan tidak Mahaiddin dan PAS.. INi pengakuan Mahiaddin dan Hj Hadi sendiri sebab depa tak boleh terima Tun Mahathir..

2- PN hari ini seperti seperti parti Gerindra parti serpihan dari Golkar pimpinan Prabowo hari ini di Indonesia cuba merampas kekuasaan dari Jokowi dalam PEMILU 2019 dari PDI-Perjuangan pimpinan Megawati, PDI-P ini juga parti yg dituduh pro PKI (Parti Komunis Indonesia)..Jangan Ingat di Indonee3sia tidak mainkan isu Komunis, Jokowi terpalit dengan Tuduhan Tersebut.. dituduh Antek Komunis atau Tiongkok..

3- Jangan ingat parti Greindra pimpinan Prabowo tidak mainkan Sentimen Kaum dan Agama.. Malah lebih Dahsyat.. Berapa ramai Habaib, Kiyai hatta si Somad membawakan mimpi menyokong Prabowo dalam PEMILU 2019, Sama seperti Asatizah, Atau Tok Sheikh hat sokong PN hari ini..Mereka juga bersama dengan gerakan Ekstremiss Islamm Sana yg juga rakan Haji Hadi si Habieb Rizeq yg sering membuatkan Himpunan jutaan Ummat Islam dari Persentren seluruh Indonesia..